ENGLISH | BAHASA
Malaysian Rubber Export Promotion Council - MREPC

Mengenai Industri

Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Dunia


Pengeluaran

  • Pengeluaran getah dunia berkembang pada kadar purata pertumbuhan tahunan 2.7% kepada 28.4 juta tan pada tahun 2017 daripada 25.3 juta tan pada tahun 2011.
  • Getah asli (NR) menyumbang sebanyak 15.0 juta tan atau 53% kepada pengeluaran getah dunia pada tahun 2017.
  • Getah sintetik (SR) menyumbang 47% kepada pengeluaran getah dunia pada tahun 2017 dengan 13.4 juta tan.
  • Jumlah pengeluaran getah dunia meningkat 0.1% kepada 7.04 juta tan pada suku pertama 2018 daripada 7.03 juta tan pada tempoh yang sama tahun 2017.
  • Negara pengeluar terbesar getah asli adalah Thailand, Indonesia, Vietnam, China, Malaysia, India, Cote dÍvoire, Myanmar, Brazil dan Cambodia

 

Penggunaan

  • Penggunaan getah dunia meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan 3.3% (yoy) kepada 28.4 juta tan pada tahun 2017 berbanding 27.5 juta tan pada tahun 2016.
  • Jumlah penggunaan NR meningkat 4.4% yoy kepada 13.2 juta tan pada tahun 2017.
  • Jumlah penggunaan SR meningkat 2.4% yoy kepada 15.2 juta tan pada tahun 2017.
  • China, Amerika Syarikat, India, Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia, Brazil, Jerman dan Rusia merupakan 10 negara pengguna getah terbesar dunia pada tahun 2017.

 

Dagangan

  • Import getah meningkat 10.4% kepada 22.9 juta tan pada tahun 2017 daripada 20.7 juta tan pada tahun 2016.
  • Eksport getah dunia meningkat kepada 22.0 juta tan pada tahun 2017, iaitu pertumbuhan 9.7% daripada tahun 2016.

Carta 1: Pengeluaran dan Penggunaan Getah Dunia, 2011 – 2018 (Jan-Mac)
(juta tan)

World Production, Consumption and Trade of Rubber

 


Carta 2: Dagangan Getah Dunia, 2011 – 2018 (Jan-Mac)
(juta tan)

World Production, Consumption and Trade of Rubber