ENGLISH | BAHASA
Malaysian Rubber Export Promotion Council - MREPC

Kenali MREPC

Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) telah didaftarkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan untuk menjalankan promosi pasaran getah dan produk getah di pasaran dunia, terutama sekali memberikan bantuan kepada perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (SME).

Baca Lagi

Berita Terkini

Penyertaan Sulung MREPC Dalam MEDITECH 2018

MREPC akan mengambil bahagian dalam Meditech 2018 untuk julung kali. Meditech yang merupakan pameran perdagangan akan berlangsung di Corferias-Centro de Convenciones, Bogota, Colombia dari 3 hingga 6 Julai 2018. Pameran Meditech yang diadakan dua tahun sekali telah memposisikan diri sebagai satu acara perniagaan yang terpenting bagi industri penjagaan kesihatan di Amerika Latin. Acara ini merupakan pameran yang menyeluruh bagi produk dan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan. Pameran ini juga satu landasan yang sesuai untuk membelajar dan membincangkan pengemaskinian dan perubahan sektor penjagaan kesihatan di Colombia serta memperkukuh perhubungan perniagaan dengan pembekal, pengedar dan wakil.

MREPC akan mengambil gerai promosi dalam Meditech dan akan mempamerkan peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia selama 4 hari. Datanglah jumpa kami di Pavilion 18 - 23, gerai 22905A untuk maklumat lanjut!



Penyertaan Sulung MREPC Dalam MEDITECH 2018

Penyertaan Sulung MREPC Dalam MEDITECH 2018

02
Jul , 2018

MREPC Akan Menyertai Persidangan AIDS Antarabangsa ke-22

MREPC akan menyertai Persidangan AIDS Antarabangsa ke-22 (AIDS 2018) menerusi gerai promosi. Persidangan ini akan berlangsung dari 23 - 27 Julai 2018 di Pusat Konvensyen Amsterdam RAI, Amsterdam, Belanda.

Persidangan AIDS Antarabangsa yang diadakan dua tahun sekali dianjurkan oleh Persatuan AIDS Antarabangsa. Acara ini merupakan persidangan terbesar dunia mengenai isu kesihatan global. Bertemakan “Breaking Barriers, Building Bridges”, AIDS 2018 dijangka menarik 18,000 peserta. Persidangan ini menyediakan satu platform untuk memajukan pengetahuan mengenai pencegahan HIV serta mempromosikan respon kepada HIV berasaskan hak asasi manusia dan berlandaskan keterangan bukti.

MREPC akan mempamerkan pelbagai jenis kondom buatan Malaysia yang berkualiti tinggi serta keupayaan pengeluar Malaysia dalam menghasilkan kondom yang berlainan tekstur, rasa, warna dan pembungkusan. Datanglah mengunjungi gerai MREPC di nombor 238 untuk mendapatkan kualiti kondom yang terbaik.



MREPC Akan Menyertai Persidangan AIDS Antarabangsa ke-22

MREPC Akan Menyertai Persidangan AIDS Antarabangsa ke-22

02
Jul , 2018

Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai dan Pavilion MREPC Untuk 9th IRGCE+IRC 2018

Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai taklimat tender reka bentuk dan pembinaan gerai dan pavilion MREPC untuk 9th IRGCE+IRC 2018.

Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-


  • Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

  • Syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya telah ditubuhkan untuk tiga tahun.

  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.

  • Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas untuk sekurang-kurangnya 6 projek bagi pameran perdagangan antarabangsa.

  • Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.

Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio TERKINI untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Pn Tuty dan Cik Sheen di tuty@mrepc.com dan sheen@mrepc.com sebelum jam 12 tengah hari, 18 Jun 2018 (Isnin).

Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Pn Tuty/ Cik Sheen di tuty@mrepc.com / sheen@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.

Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:


TARIKH: 22 Jun 2018 (Jumaat)
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT : Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, 50470 KL Sentral, Kuala Lumpur



Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai dan Pavilion MREPC Untuk 9th IRGCE+IRC 2018

Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai dan Pavilion MREPC Untuk 9th IRGCE+IRC 2018

07
Jun , 2018

MREPC Menyertai ISES 2018

MREPC telah mengambil bahagian buat kali pertama dalam International Sustainable Energy Summit 2018 edisi ke-4 dari 10 – 11 di Kuching, Sarawak. Persidangan tahun ini dianjurkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) dan Kementerian Utiliti Sarawak. Acara ini turut dianjurkan bersama oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) dan Kerajaan Negeri Sarawak. Satu pameran mini juga diadakan serentak dengan persidangan dan menarik kira-kira 600 peserta.

ISES merupakan acara yang diadakan setiap dua tahun untuk berkongsi pengetahuan dan menjalin hubungan mengenai tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan permintaan tenaga dalam kalangan pihak yang berkepentingan dari beberapa negara. Selaras dengan tema sidang kemuncak tahun ini – ‘Sustainable Energy: The Future is Here’, kertas kerja yang dibentangkan memberi tumpuan kepada isu-isu hangat seperti meningkatkan penggunaan tenaga lestari; masalah grid dengan penembusan fotovoltaik solar yang tinggi; penyelesaian simpanan tenaga; menangani tenaga elektrik luar bandar; dan membiayai projek tenaga lestari.

Pameran mini menarik penyertaan 47 peserta pameran yang terdiri daripada syarikat dan pihak berkepentingan dari industri tenaga dan institusi kewangan serta agensi kerajaan yang berkaitan. MREPC mengambil kesempatan untuk mempromosikan Industry Linkage Fund yang bertujuan memacu penyelidikan kolaboratif dalam industri produk getah. Sepanjang acara dua hari tersebut, MREPC telah menerima lebih daripada 10 pertanyaan daripada jurutera dan perunding projek.


Pn Uthaya dari MREPC melayan pertanyaan semasa ISES 2018.

MREPC Menyertai ISES 2018

MREPC Menyertai ISES 2018

30
Apr , 2018

Galeri Multimedia

Berita Industri