MEDIA
SIARAN
BERITA
Perutusan Tahun Baru 2016
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua warga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Agensi dan Majlis di bawahnya. Sepanjang tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar buat kita namun saya yakin dan percaya kita dapat melaluinya dengan tenang dan segala-galanya berjalan dengan lancar. Semoga segala peristiwa yang telah kita lalui akan menjadi pengalaman dan pengajaran yang berharga bagi menghadapi tahun 2016 ini.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas usaha dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tahun 2015. Sesungguhnya pelbagai kejayaan telah diperolehi kerana daya usaha dan kesungguhan kerja semua pihak yang memainkan peranan masing-masing. Ini dibuktikan dengan peningkatan eksport komoditi bagi tempoh Januari hingga September 2015 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014. Getah sebanyak 4% kepada RM18.5 bilion berbanding RM17.8 bilion, Kayu-kayan sebanyak 4.5% kepada RM15.8 bilion berbanding RM15.1 bilion, Tembakau sebanyak 12.4% kepada RM1.1 bilion berbanding RM0.9 bilion dan Lada sebanyak 31.8% kepada RM388.4 juta berbanding RM294.6 juta.
Semoga komitmen ini berterusan pada tahun 2016 ke arah memperkukuh dan merealisasikan visi Kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan (centre of excellence) sektor komoditi dan pengeluar utama produk berasaskan komoditi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi di pasaran global.
Tahun 2016 mempunyai pelbagai cabaran dalam usaha MPIC untuk memperkasa pertumbuhan sektor komoditi negara dan meningkatkan pendapatan para pengusaha, terutama sekali golongan pekebun kecil. Ini termasuk menangani ketidakstabilan harga produk-produk komoditi utama dan mengoptimakan peruntukan Kerajaan ke arah memanfaatkan stakeholders dalam industri komoditi.
Dalam hal ini, MPIC seharusnya memastikan pangkalan data pada masa ini menjadi lebih tepat, sistematik dan berkesan untuk dijadikan rujukan. Perkara ini penting supaya kita mempunyai data yang konsisten. Data yang tepat, terkini dan sentiasa dikemas kini dapat memudahkan proses membuat keputusan yang berkesan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program dan projek. Perkara ini juga penting untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan di semua peringkat.
Selain itu, MPIC juga perlu memperkukuhkan pelaksanaan bantuan-bantuan dan program-program kepada golongan sasaran, iaitu pekebun kecil. Penyaluran bantuan-bantuan tanaman komoditi seharusnya dipercepatkan di samping dilengkapi dengan aktiviti-aktivit pengembangan bagi membolehkan golongan sasar menikmati faedah daripada inisiatif-inisiatif Kerajaan. Saya yakin seluruh warga MPIC, Agensi dan Majlis dapat mengembleng tenaga dan melaksanakan segala aktiviti-aktivit yang dirancang dengan penuh dedikasi.
MPIC, Agensi dan Majlis juga perlu menitikberatkan penggunaan media sosial bagi memperkukuhkan imej industri komoditi negara. Perkara ini perlu dilaksanakan dengan penuh strategi kerana medium ini berkembang dengan cepat dan pesat. Oleh itu, saya menyarankan agar penggunaan media sosial MPIC, Agensi dan Majlis perlu dilaksanakan dengan lebih giat dan bersifat proaktif. Selain untuk mendapatkan maklum balas, engagement terhadap isu-isu yang dibangkitkan di peringkat tempatan dan antarabangsa perlu dilakukan. Kesegeraan dalam perkara ini penting kerana jika kita lambat memberi maklum balas, kita akan memberi persepsi yang tidak baik terhadap perkhidmatan awam.
Akhir kata, saya penuh yakin semua warga MPIC, Agensi dan Majlis dapat menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat demi kegemilangan negara amnya, dan MPIC khususnya.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2016.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
30 DEC 2015
Perutusan Tahun Baru 2016
Pavillion MREPC Di Automechanika Shanghai 2015
Automechanika Shanghai 2015 berlangsung dari 2 – 5 Disember 2015 di NECC (National Exhibition and Convention Center), Shanghai, China. Automechanika Shanghai 2015 adalah pameran perdagangan automotif kedua terbesar di dunia dan salah satu acara yang penting dalam industri automotif di China. Pameran ini menarik 5,300 perserta dari 39 negara, yang mempamerkan semua elemen industri automotif termasuk alat ganti, pembaikan, aksesori, kitar semula, pelupusan dan perkhidmatan.
Tahun ini, 9 pengilang komponen automotif getah Malaysia yang mempamerkan pelbagai jenis produk automotif berasaskan getah ditempatkan di Pavilion MREPC yang berukuran 96 meter persegi. Kehadiran MREPC di pameran tersebut serta sessi penemuan perdagangan yang diaturkan telah memberi peluang untuk menyampaikan maklumat mengenai komponen automotif berasaskan getah buatan Malaysia kepada pelawat serta mempromosikan Malaysia sebagai sumber produk-produk berasaskan getah yang berkualiti.
28 DEC 2015
Pavillion MREPC Di Automechanika Shanghai 2015
MREPC Menyertai Medica 2015
MREPC telah menyertai MEDICA 2015 yang telah diadakan di Dusseldorf, Jerman dari 16 hingga 19 November 2015. MEDICA adalah pameran dan persidangan yang terkemuka di dunia khusus untuk produk perubatan dan farmaseutikal serta teknologi perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, dengan fokas kepada perkembangan terkini dalam teknolgi perubatan dan pejagaan kesihatan dari seluruh dunia.
MEDICA pada tahun ini berjaya menarik sekitar 4,800 peserta dan lebih dari 130,000 pelawat daripada 120 negara. Gerai promosi MREPC menerima pelawat dari UK, Turki, Jerman, Sepanyol, Iran dan Arab Saudi, antara lain, yang menunjuk minat dalam sarung tangan perubatan, kondom dan kateter dan lain peranti perubatan getah yang dipamerkan. Penyertaan dari Malaysia di MEDICA adalah baik, dengan 24 pengeluar peranti perubatan getah dari Malaysia yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut.
27 NOV 2015
MREPC Menyertai Medica 2015
Kunjungilah MREPC di Automechanika Shanghai 2015
MREPC akan menyertai Automechanika Shanghai 2015, salah satu acara yang penting unbtuk semua pihak yang terlibat dalam industri automotif di negara China. Sembilan pengeluar komponen automotif berasaskan getah dari Malaysia akan turut meyertai pameran Automechanika Shanghai 2015 bersama MREPC. Pameran ini akan diadakan pada 2 – 5 Disember 2015, di National Exhibition and Conference Center (NECC), China.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Dewan 2, Booth 2B25, untuk mendapatkan sumber bagi pelbagai jenis komponen automotif berasaskan getah yang berkualiti dari Malaysia!
27 NOV 2015
Kunjungilah MREPC di Automechanika Shanghai 2015
Penyertaan MREPC di AAPEX 2015 serta lawatan kerja ke Detroit
MREPC, bersama lapan pengeluar komponen automotif berasaskan getah dan sarung tangan getah dari Malaysia, telah menyertai AAPEX 2015 yang berlangsung dari 3 – 5 November 2015, bertempat di Las Vegas, Amerika Syarikat. Pavilion MREPC telah mempamerkan komponen-komponen getah automotif yang berkualiti, sarung tangan industri dan pelbagai produk getah dari Malaysia. Sebahagian besar pengunjung ke gerai MREPC adalah pembekal komponen automotif dari Amerika Syarikat serta pedagang dari negara-negara jiran seperti Mexico dan Kanada. Kebanyakan pertanyaan yang diterima dari pelawat adalah berkaitan dengan pelbagai komponen automotif getah serta sarung tangan industri.
Sebelum AAPEX 2015, MREPC dan dua pengeluar komponen automotif berasaskan getah Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Detroit, Michigan pada 29 – 30 Oktober 2015. Para delegasi telah bertemu dengan organisasi yang berkaitan dengan sektor automotif, termasuk Federal-Mogul Corporation, Detroit Regional Chamber of Commerce/MichAUTO dan TransAtlanticPass Consulting & Sales Agency. Lawatan kerja ini telah memberi peluang kepada pengeluar Malaysia untuk mewujudkan rangkaian kerja dan meneroka peluang-peluang baru dengan pembekal komponen automotif dan organisasi yang berkaitan di Amerika Syarikat.
16 NOV 2015
Penyertaan MREPC di AAPEX 2015 serta lawatan kerja ke Detroit
MREPC Kembali Ke MEDICA, Pameran Perubatan Terbesar di Dunia
MREPC akan menyertai MEDICA 2015, yang dijadual berlangsung di Dusseldorf, Jerman 16 – 19 November 2015. MEDICA adalah pameran terkemuka didunia khusus untuk produk perubatan dan farmaseutikal, teknologi perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Pada tahun ini, Medica dijangka akan disertai oleh sekitar 4,800 peserta dari seluruh dunia dan akan menyambut 130,000 pelawat daripada 120 buah negara. MREPC akan mempamer dan mempromosikan peralatan perubatan berasaskan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia di MEDICA tahun ini, seperti pada tahun-tahun sebelumnya. Dijemput melawat booth promosi MREPC di Dewan 07, Booth No.D40, untuk mendapatkan pelbagai peralatan perubatan getah berkualiti tinggi dari Malaysia, termasuk sarung tangan perubatan, kondom, kateter getah dan beg pernafasan.
05 NOV 2015
MREPC Kembali Ke MEDICA, Pameran Perubatan Terbesar di Dunia
MREPC di Ekspo Hospital 2015 Jakarta
MREPC telah mengambil bahagian dalam Ekspo Hospital 2015, Pameran Antarabangsa Hospital, Farmaseutikal serta Peralatan Klinikal & Makmal, yang bertempat di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia, pada 21 – 24 Oktober 2015. Ekspo Hospital 2015 telah menarik seramai 475 peserta pameran yang mengisi sejumlah 751 gerai pameran.
Enam pengeluar peralatan perubatan berasakan getah Malaysia turut menyertai Pavilion MREPC tahun ini dengan mempamerkan produk-produk berkualiti buatan Malaysia. Kebanyakkan pelawat yang memgunjungi Pavilion MREPC adalah dari Indonesia dan sebahagian besar daripada pertanyaan yang diterima adalah berkaitan dengan sarungtangan perubatan.
05 NOV 2015
MREPC di Ekspo Hospital 2015 Jakarta
Misi MREPC ke Africa Selatan dan Itali mencapai kejayaan
MREPC telah menganjurkan misi khas dan lawatan kerja untuk sarung tangan perubatan berasaskan getah dan produk getah kering ke Afrika Selatan dan Itali dari 29 September - 8 Oktober 2015. Misi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Ms Low Yoke Kiew, dengan penyertaan wakil dari tujuh syarikat pengeluar sarung tangan perubatan getah serta produk automotif berasaskan getah, termasuk A1 Glove, Adventa Health, Bonric, Brightway, Koon Seng, Titi Glove dan MALCORP.
Bersempena dengan misi ini, satu seminar perubatan bertajuk "Managing Infection Control" yang diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan berjaya menarik penyertaan dari seramai 87 ahli profesional dalam bidang perubatan dan kesihatan. Selepas seminar tersebut, 36 padanan perniagaan telah berjaya diatur dengan tujuh syarikat Malaysia tersebut.
Sebagai sebahagian daripada program sektor automotif, MREPC telah menganjurkan perbincangan dengan pembekal automotif tempatan dan pengedar di Johannesburg, Afrika Selatan. Seramai 10 peserta daripada 7 syarikat hadir pada perbincangan tersebut.
MREPC juga mengaturkan mesyuarat perniagaan dan lawatan ke organisasi yang berkenaan semasa kunjungan ke Afrika Selatan dan Itali untuk mengumpul maklumat mengenai peraturan pasaran import, menjalinkan hubungan perniagaan, menjana peluang perniagaan baru dan meneroka peluang bagi sektor-sektor peralatan perubatan dan produk getah kering di Afrika Selatan dan Itali.
28 OCT 2015
Misi MREPC ke Africa Selatan dan Itali mencapai kejayaan
Lawatan Kerja untuk Alat Ganti Automotif Berasaskan Getah ke Detroit, Michigan
Bersempena dengan penyertaan di AAPEX 2015, MREPC menganjurkan lawatan kerja ke Detroit, Michigan untuk mempromosi alat ganti automotif berasaskan getah dari 29 hingga 30 Oktober. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan peluang bagi pengeluar alat ganti automotif berasaskan getah dari Malaysia untuk memperluaskan pasaran mereka di Amerika Syarikat.
MREPC serta beberapa pengeluar alat ganti automotif berasaskan getah dari Malaysia akan bertemu dengan beberapa organisasi di Amerika Syarikat yang menghasilkan dan mengedarkan alat ganti automotif.
23 OCT 2015
Lawatan Kerja untuk Alat Ganti Automotif Berasaskan Getah ke Detroit, Michigan
MREPC kembali ke AAPEX 2015, Las Vegas, Amerika Syarikat
MREPC akan kembali ke AAPEX tahun ini bersama-sama dengan lapan pengeluar produk getah Malaysia yang mengeluarkan alat ganti automotif berasaskan getah dan pelbagai produk getah yang lain. Acara tahunan ini adalah pameran alat ganti automotif yang terbesar di Amerika Syarikat, dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 5 November 2015 di Sands Expo & Convention Center, Las Vegas.
Edisi tahun ini akan menampilkan lebih 2,200 pengeluar alat ganti automotif dan pembekal yang akan mempamerkan pelbagai produk, perkhidmatan dan teknologi terkini kepada lebih 39,000 bakal pembeli.
Sila lawati pavilion MREPC di gerai # 41001 di tingkat dua untuk berbincang peluang perniagaan bersama pengeluar kami tentang potensi untuk mengimport alat ganti automotif berasaskan getah serta pelbagai produk getah lain dari Malaysia.
23 OCT 2015
MREPC kembali ke AAPEX 2015, Las Vegas, Amerika Syarikat
Pavilion MREPC di A+A, Pameran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang Termuka di Dunia
MREPC akan menyertai A + A 2015 di Düsseldorf, Jerman dari 27-30 Oktober 2015 bersama-sama dengan sepuluh pengeluar produk getah Malaysia. A + A adalah platform pemasaran serta komunikasi yang paling terkenal untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dunia.
Peserta dari Malaysia akan mempamer dan mempromosi pelbagai peralatan perlindungan peribadi berasaskan getah yang berkuality seperti sarung tangan industri , sarung tangan pelbagai guna, sarung tangan pemeriksaan dan produk-produk lain berasaskan getah.
Sila melawat ke Pavilion MREPC di Dewan 7a, gerai H30-1, untuk mendapatkan sumber sarung tangan pelindung getah berkualiti tinggi serta produk-produk lain berasaskan getah dari Malaysia.
23 OCT 2015
Pavilion MREPC di A+A, Pameran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang Termuka di Dunia
Penyertaan MREPC dalam Hospital Expo 2015 Jakarta
MREPC akan menyertai Hospital Expo 2015 Jakarta bersama dengan enam pengeluar peralatan perubatan berasaskan getah dari Malaysia. Pada tahun ini, acara tahunan ini akan berlangsung dari 21 hingga 24 Oktober 2015 di Pusat Konvensyen Jakarta, Jakarta, Indonesia.
Ekspo Hospital Jakarta kali ke-28 ini akan diadakan serentak dengan Kongres Persatuan Hospital Indonesia ke-13 dan Seminar Tahunan Keselamatan Pesakit ke-9. Padatahun 2014, lebih dari 40 pavilion antarabangsa menjadi tumpuan untuk hampir 38,000 pengunjung yang telah melawat pameran ini.
Kunjungilah pavilion MREPC yang terletak di dalam Dewan A, Gerai 169 untuk mendapat peralatan perubatan getah berkualiti tinggi dari Malaysia.
05 OCT 2015
Penyertaan MREPC dalam Hospital Expo 2015 Jakarta
Misi Khas dan Lawatan Kerja untuk Sarung Tangan Perubatan dan Produk Getah ke Afrika Selatan dan Itali (29 Sept - 8 Okt 2015)
MREPC sedang menganjurkan misi khas and lawatan kerja untuk sarung tangan perubatan dan lain-lain produk getah ke Afrika Selatan dan Itali, dari 29 September ke 8 Oktober 2015. Misi ini akan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew, Tujuh pengeluar sarung tangan dan komponen automotif dari Malaysia akan menyertai misi ini bersama MREPC.
Bersempena dengan misi ini, satu seminar perubatan bertajuk “Managing Infection Control†akan dijadualkan pada 30 September 2015, di Johannesburg, Afrika Selatan. Beberapa pencemerah terkenal antarabangsa dan tempatan akan membentangkan kertas dalam seminar itu. Acara ini bertujuan mendidik pengamal perubatan dan pengguna akan kelebihan sarung tangan perubatan getah buatan Malaysia. Acara ini akan juga membantu pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia untuk mengumpul maklumat mengenai peraturan import serta menerokai peluang pemasaran di Afrika Selatan.
Perjumpaan perniagaan serta lawatan ke organisasi yang berkaitan dan bakal pembeli akan diuruskan oleh MREPC sepanjang misi ini supaya peserta dapat mewujudkan perhubungan, menjana perniagaan baru serta dapat menemui bakal pengedar atau rakan kongsi.
23 SEP 2015
Misi Khas dan Lawatan Kerja untuk Sarung Tangan Perubatan dan Produk Getah ke Afrika Selatan dan Itali (29 Sept - 8 Okt 2015)
Tahniah kepada Pemenang Anugerah Industri MREPC
Anugerah Industri Getah MREPC disampaikan kepada pengilang-pengilang produk getah Malaysia yang mencapai kecemerlangan dalam mengeksport antara tahun 2012 dan 2014. Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Industi Perladangan dan Komditi, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pada 26 Ogos 2015, bersempena dengan upacara sambutan Ulang Tahun ke15 MREPC.
Top Glove Corporation Bhd menerima Anugerah Industri MREPC untuk Pengeksport Terbesar Produk Getah di upacara itu. Top Glove juga menang Anugerah untuk Pengeksport Terbesar Sarung Tangan Getah.
Selain Anugerah untuk Pengeksport Terbesar Produk Getah dan Pengeksport Terbesar Sarunag Tangan Getah, lima kategori anugerah lain di sampaikan kepada pemenang berkenaan. Senarai lengkap anugerah serta pemenang adalah saperti dibawah:
Anugerah Khas Pengeksport Terbesar Malaysia bagi Standard Malaysian Gloves (SMG)
Supermax Corporation Bhd.
Anugerah Khas Pengeksport Terbesar Malaysia bagi Produk Getah berasaskan Getah Kering
Wellcall Hose (M) Sdn. Bhd.
Anugerah Lima Pengeksport Utama Sarung Tangan Getah di Malaysia
Hartalega Sdn. Bhd.
Kossan Rubber Industries Bhd.
Supermax Corporation Bhd.
Top Glove Corporation Bhd.
WRP Asia Pacific Sdn. Bhd.
Anugerah Lima Pengeksport Utama Barangan Getah Selain dari Sarung Tangan
Bard Sdn. Bhd.
Karex Industries Bhd.
Kossan Rubber Industries Bhd.
Linatex Sdn. Bhd.
Rubberflex Sdn. Bhd.
Anugerah Pengeksport Terbesar Sarung Tangan Getah di Malaysia
Top Glove Corporation Bhd.
Anugerah Pengeksport Terbesar Produk Getah selain Sarung Tangan di Malaysia
Rubberflex Sdn. Bhd.
Anugerah Pengeksport Terbesar Produk Getah Malaysia
Top Glove Corporation Bhd.
10 SEP 2015
Tahniah kepada Pemenang Anugerah Industri MREPC
MREPC Bersinar di Medicall 2015, Edisi Chennai
MREPC menyertai Medicall 2015 yang berlangsung dari 31 Julai sehingga 2 Ogos 2015 di Chennai Trade Center, India. Seramai 7 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia menyertai pameran tersebut bersama MREPC di bawah Pavilion MREPC.
Pengunjung ke gerai MREPC diberi gambaran menyeluruh mengenai pelbagai peralatan perubatan buatan getah yang dihasilkan di Malaysia manakala pengeluar-pengeluar yang turut mengambil bahagian memberi tumpuan kepada mempromosikan sarung tangan perubatan buatan getah buatan Malaysia yang berkualiti.
Medicall adalah salah satu pameran perkhidmatan dan peralatan perubatan yang terpenting di India. Acara selama 3 hari ini memperkenalkan teknologi yang terkini, sesuai dan berpatutan harga kepada hospital dan pengamal kesihatan di seluruh India dan negara-negara jiran.
07 SEP 2015
MREPC Bersinar di Medicall 2015, Edisi Chennai
Pavilion MREPC di Pameran Peralatan Perubatan yang terulung di Amerika Syarikat
MREPC telah menyertai Pameran dan Persidangan Federation of International Medical Equipment Suppliers (FIME) bersama-sama dengan lapan pengeluar dan pengeksport peranti perubatan buatan getah dari Malaysia. Pameran tersebut berlangsung dari 5-7 Ogos 2015, bertempat di Pusat Konvensyen Miami. Pavilion MREPC mempamerkan pelbagai peranti perubatan buatan getah termasuk sarung tangan, kondom, kateter, “dental dam†serta alat senaman getah. Kebanyakan pengunjung ke gerai MREPC adalah dari Amerika Latin dan sebahagian besar daripada mereka berminat dengan sarung tangan getah.
MREPC juga menyampaikan seminar bertajuk “Today’s Medical Gloves and Condoms: What You Need to Know†dalam persidangan tersebut. Seminar itu berjaya menarik ramai pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sarung tangan getah buatan Malaysia.
07 SEP 2015
Pavilion MREPC di Pameran Peralatan Perubatan yang terulung di Amerika Syarikat
Majlis Sambutan Ulang Tahun MREPC ke-15 dan Anugerah Industri 2015
MREPC (Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia) telah meraikan sambutan ulang tahun ke-15 pada 26 Ogos 2015. Bersempena dengan Majlis Sambutan Ulang Tahun, diadakan juga penyampaian Anugerah Industri 2015 untuk mengiktiraf syarikat-syarikat produk getah yang berprestasi eksport cemerlang. Tetamu kehormat Majlis Sambutan itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Y.B. Datuk Amar Douglas Uggah Embas, telah menyampaikan anugerah kepada para pemenang. Wakil dari pelbagai agensi kerajaan dan syarikat-syarikat produk getah juga menyertai upacara tersbut.
Sejak penubuhannya 15 tahun yang lalu, MREPC telah memain peranan penting mempromosikan produk getah Malaysia di seluruh dunia. Kejayaan yang dikecapi sepanjang 15 tahun ini membuktikan kebolehan industri produk getah Malaysia, selari dengan slogan MREPC “No One Knows Rubber Like Malaysia Does ". Produk getah Malaysia kini dieksport ke lebih dari 190 buah negara di seluruh dunia. Nilai eksport juga mencatatkan pertumbuhan yang konsisten darpada RM5.4 bilion pada tahun 2000 kepada RM15.17 bilion pada tahun 2014.
Anugerah Industri 2015 telah disampaikan kepada pengeksport utama produk getah sebagai tanda prestasi eksport mereka dari 2012 hingga 2014. Tujuh kategori anugerah telah hadiahkan kepada 10 syarikat yang telah berprestasi cemerlang ke arah mengukir nama Malaysia di arena antarabangsa sebagai negara sumber barangan getah yang berkualiti.
07 SEP 2015
Majlis Sambutan Ulang Tahun MREPC ke-15 dan Anugerah Industri 2015
Pavilion Malaysia di FIME 2015, Miami
MREPC akan menyertai Florida International Medical Expo (FIME) ke-25 di Miami, Florida, Amerika Syarikat, dari 5 – 7 Ogos 2015. Lapan pengeluar Malaysia akan mempamerkan pelbagai jenis peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi di Pavilion MREPC yang bertempat di Dewan A.
FIME adalah pameran dan persidangan perdagangan perubatan yang terbesar di Amerika Syarikat. Ekspo ini diadakan setiap tahun di Miami Beach Convention Center dan bertujuan mempamerkan peralatan, produk, bekalan, teknologi dan perkhidmatan perubatan yang terkini.
Datang dan lawati gerai MREPC di Hall A, Booth # 1187, untuk mendapatkan peralatan perubatan buatan getah Malaysia yang berkualiti tinggi.
27 JUL 2015
Pavilion Malaysia di FIME 2015, Miami
MREPC Bakal Mempamer di Medicall 2015, Chennai, India
MREPC akan menyertai Medicall2015 yang akan berlangsung dari 31 July - 2 August 2015 di Chennai Trade Center, India. Seramai 7 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia akan menyertai pameran tersebut di bawah Pavilion MREPC.
Pameran ini adalah pameran peralatan perubatan dan keperluan hospital yang terunggul di India. Lebih daripada 600 peserta dari 15 negara akan mempamerkan yang terbaik dan terkini dalam bidang penjagaan kesihatan selama 3 hari pameran ini.
Kunjungilah Pavilion MREPC di , Hall 1, booth 1A32, di Pusat Dagangan Chennai untuk mendapatkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia diMedicall2015, Chennai, India!
13 JUL 2015
MREPC Bakal Mempamer di Medicall 2015, Chennai, India
Laporan Penyertaan Pameran - GACS, Stuttgart 2015
MREPC, bersama lima pengeluar komponen automotif dan produk berasaskan getah Malaysia, telah menyertai Global Automotive Components and Suppliers (GACS) Expo yang diadakan di Messe Stuttgart, Jerman, dari 16 hingga 18 Jun 2015. Pameran yang dianjurkan bersempena dengan Engine Expo, Automotive Interiors Expo and Automotive Testing Expo, telah menarik seramai 300 peserta dari 25 buah negara.
MREPC telah membentangkan kertas bertajuk ‘Malaysia’s Capability in Supplying Rubber Automotive Components’. Pelawat-pelawat yang mengunjung gerai pameran MREPC berminat dengan pelbagai produk automotif berasaskan getah yang dipamerkan serta sarung tangan getah.
03 JUL 2015
Laporan Penyertaan Pameran - GACS, Stuttgart 2015
Expomed Mexico 2015
MREPC menyertai Pameran Expomed, yang diadakan di Mexico City, Mexico dari 10 – 12 June 2015. Gerai promosi didirikan untuk mempamerkan peralatan perubatan buatan getah edisi ketujuh Pameran tersbut, yang pertama kali disertai MREPC. Pameran Expomed 2015 berjaya menarik 113 peserta dari 11 negara. Kebanyakan pelawat yang mengunjungi gerai MREPC adalah dari Mexico dan kebanyakan pertanyaan yang diterima adalah berkenaan dengan sarung tangan pemeriksaan dan pembedahan.
Persidangan tiga hari dianjurkan bersempena dengan Expomed 2015 berfokas kepada dua modul utama iaitu “Pentadbiran Hospital†dan “Teknologiâ€. MREPC membentangkan kertas kerja bertajuk “Today’s Medical Gloves: What You Need to Know†dalam persidangan tersebut. Pembentangan oleh MREPC telah berjaya menjana minat peserta yang menghadiri persidangan itu serta menarik pelawat yang ingin mendapatkan maklumat mengenai produk peralatan getah buatan Malaysia ke gerai MREPC di tapak pameran.
25 JUN 2015
Expomed Mexico 2015
Kunjungi Pavilion MREPC di GACS Expo, Stuttgart
MREPC akan menyertai pameran Global Automotive Components and Suppliers (GACS) Expo, bersama dengan lima pengeluar produk getah dan komponen automotif berasaskan getah dari Malaysia. Pameran ini dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 18 Jun 2015 di Messe Stuttgart, Jerman.
GACS Expo adalah satu-satunya pameran khusus untuk memaparkan komponen automotif dan pembekal komponen di Eropah. Pameran ini menjadi tumpuan penyertaan untuk semua pengeluar peralatan automotif tulen (OEM) dan akan dikunjungi oleh pengurus perolehan dari syarikat Tier 1, pakar komponen dan jurutera.
Jika anda sedang mencari komponen automotif berasaskan getah yang berkualiti tinggi daripada pengeluar yang boleh dipercayai dan berkaliber, kunjungilah pavilion kami di gerai bernombor 4624 untuk berbincang dengan pengeluar dari Malaysia.
05 JUN 2015
Kunjungi Pavilion MREPC di GACS Expo, Stuttgart
MEDEXPO Tanzania 2015
Lima pengeluar barangan perubatan berasaskan getah menyertai MEDEXPO Tanzania 2015 bersama dengan MREPC. Pameran edisi ke18 ini yang berlangsung di Dar Es Salaam di Tanzania pada 23 hingga 25 Mei 2015, diadakan bersama dengan Pameran Perdagangan Afrika Timu (EAITE), pameran perdagangan yang terbesar di Tanzania. Lebih dari 48 peserta dari 20 buah negara termasuk India, China, Jerman, Malaysia, Turki, Thailand dan Perancis menyertai MEDEXPO 2015. Sebahagian besar pengunjung ke gerai MREPC adalah dari Tanzania, Kenya, India dan UAE. Kebanyakan pelawat berminat dengen sarung tangan berasaskan getah asli dan getah sintetik (Nitril), sarung tangan untuk pembedahan, kateter getah dan juga kondom.
02 JUN 2015
MEDEXPO Tanzania 2015
Pavilion MREPC di CMEF Spring 2015, Shanghai
MREPC telah mempaparkan penyertaan yang kukuh diedisi ke73 CMEF (China International Medical Equipment Fair) Spring 2015. Tahun ini, CMEF Spring berlangsung dari 15 – 18 Mei 2015, di National Exhibition and Convention Center (NCEC), Shanghai, China. Pavilion MREPC berukuran 144 sqm yang mempersonakan dapat menampung seramai 12 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia. Pelbagai jenis sarung tangan perubatan dan peralatan perubatan lain buatan getah di pamerkan.
MREPC terus berfokas kepada menyampaikan maklumat mengenai produk-produk peralatan perubatan buatan getah dari Malaysia yang berkualiti tinggi. MREPC turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Know Your Medical Gloves For Better Protection and Patient Care’ pada hari ke-2 pameran CMEF 2015. Persembahan MREPC bertujuan memberi maklumat kepada pengamal perubatan, termasuk doktor dan jurujawat, mengenai kepentingan memilih sarung tangan perubatan yang sesuai untuk pengawalan jangkitan dan pencegahan pencemaran yang berkesan semasa melakukan prosedur perubatan serta perkembangan terkini teknologi sarung tangan perubatan .
26 MAY 2015
Pavilion MREPC di CMEF Spring 2015, Shanghai
Penyertaan Kali Pertama MREPC di Expomed Mexico
MREPC, buat kali pertama, akan menyertai pameran ExpoMED Mexico, yang akan berlangsung dari 10 - 12 Jun 2015 di Pusat Dagangan Dunia, Mexico City, Mexico.
Gerai pameran MREPC akan mempromosikan peralatan perubatan buatan getah dari Malaysia kepada pengamal perubatan, pengilang, pengedar, peniaga dan pemilik kemudahan kesihatan di Mexico dan Amerika Latin.
MREPC akan ditempatkan di Gerai #403. Kunjungilah kami untuk mendapatkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi.dari Malaysia.
26 MAY 2015
Penyertaan Kali Pertama MREPC di Expomed Mexico
MREPC Akan Menyertai CMEF Spring 2015, Shanghai
MREPC bersama 12 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia akan menyertai China International Medical Equipment Fair 9CMEF) ke-73 yang akan berlangsung dari 15 hingga 18 Mei 2015 di National Exhibition and Convention Center (NCEC), Shanghai, China.
CMEF, salah satu pameran terbesar untuk peralatan, produk dan servis perubatan di rantau Asia Pasifik, menyediakan platform yang amat sesuai untuk perdagangan dan sebagai sumber mendapatkan pengetahuan serta menjalin rangkaian untuk industry perubatan dan kesihatan. Pameran CMEF tahun ini akan diadakan di pusat pameran baru di Shanghai buat kali pertama.
Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Hall 6.2, Gerai X17O, untuk mendapatkan sumber pelbagai peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia, di CMEF Spring 2015.
12 MAY 2015
MREPC Akan Menyertai CMEF Spring 2015, Shanghai
Lawatan Kerja MREPC ke Republik Korea
Lawatan kerja MREPC ke Seoul, Korea pada 27 dan 28 April 2015 merangkumi perjumpaan dengan Persatuan Industri Peralatan Perubatan Korea dan perbincangan bersama wakil-wakil dari Pusat R & D Hyundai. Rombongan MREPC diketuai oleh Pengerusi MREPC, YB Hj. Abang Lai Bujang, dan ahli delegasi terdiri dari Pn Low Yoke Kiew, CEO MREPC, Encik Brandon Chan, Timbalan CEO MREPC dan Encik Or Tan Teng, Pengarah, Doshin Rubber. Dalam perjumpaan-perjumpaan semasa lawatan tersebut, rombongan MREPC menkaji potensi produk getah buatan Malaysia di pasaran Korea. Dalam perbincangan, maklumat mengenai perkembangan terkini dalam produk-produk getah serta pasarannya dikongsi dan peluang-peluang kerjasama juga disentuh.
11 MAY 2015
Lawatan Kerja MREPC ke Republik Korea
Laporan Penyertaan Pameran - Mosbuild 2015
Mosbuild adalah pameran antarabangsa yang terbesar bagi bangunan dan bahan hiasan dalaman di Russia. Pameran ini juga adalah salah satu daripada lima pameran tahunan bagi bangunan dan bahan hiasan dalaman yang terbesar di dunia. Tahun ini, MREPC menyertai Mosbuild untuk kali pertama dari 14 hingga 17 April 2015, bersama-sama dengan dua syarikat pengeluar produk getah berkejuruteraan.
Gerai MREPC menerima kunjungan pelawat-pelawat dari Russia, Turki dan Portugal. Para pelawat ini berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jubin getah, pelindung dinding, galas getah anti gegaran, halangan kelajuan dan pelindung sisi.
30 APR 2015
Laporan Penyertaan Pameran - Mosbuild 2015
Rail + Metro China 2015, Shanghai, 8 April 2015
MREPC Shanghai melawat ke Rail + Metro China 2015 yang diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baru Shanghai dari 8-10 April 2015 untuk membuat penilaian terhadap potensi pasaran bagi produk keretapi yang berkaitan dengan getah. Pameran edisi ke-10 ini dapat menarik sejumlah 16,000 orang pengunjung serta 208 syarikat pempamer dalam kawasan 20,000sqm.
Serentak dengan pameran ini, suatu seminar yang bertajuk “Getaran Keretapi & Kawalan Bunyi Landasan†diadakan pada hari pertama. Seramai 13 penceramah menyampaikan pelbagai topik yang berkaitan dengan keretapi kepada 200 peserta, melingkungi pemilik projek, pereka keretapi, pengeluar produk kereta api, dan kontraktor projek.
21 APR 2015
Rail + Metro China 2015, Shanghai, 8 April 2015
Laporan Penyertaan Pameran - Taipei AMPA 2015
MREPC menganjurkan pavilion Malaysia di “Taipei International Auto Parts andAccessories Show†(AMPA) yang ke-31. Pameran ini diadakan di Pusat Pameran Nangang dari 8-11 April 2015. Pameran 5- dalam - 1 ini menyediakan sumber platform untuk bahagian-bahagian auto dan aksesori untuk kenderaan beroda 2 dan 4.Lebih daripada 1,400 peserta pameran telah menyertai pameran ini.
Pada tahun ini, edisi pertama “Taiwan International Tuning & Car Care Show†telah memperluaskan lagi peluang-peluang perniagaan dengan mempamerkan kereta ditala , motor ditala , mengecat kereta dan penyelenggaraan auto produk.
Selepas penampilan pada tahun 2011 , MREPC sekali lagi menyertai dengan pavilion menempatkan 7 syarikat Malaysia yang mempamerkan pelbagai produk, dari komponen automotif getah kepada sarungtangan industri.
21 APR 2015
Laporan Penyertaan Pameran - Taipei AMPA 2015
Medical Fair India 2015
MREPC telah menyertaii Medical Fair India ke-21 pada 21-23 Mac 2015 di Pragati Maidan, New Delhi, India, bersama dengan enam pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia. Medical Fair India adalah pameran perdagangan yang utama untuk hospital, pusat kesihatan dan klinik di India.
Tambahan satu segmen baru tahun ini, di bawah tema " Hospital Infrastructure ", telah meluaskan skop pameran supaya merangkumi kategori selain dari peralatan perubatan dan teknologi. Lebih daripada 432 peserta dari 18 negara menyertai Medical Fair India tahun ini.
Pavilion MREPC seluas 78sqm berjaya menarik ramai pengunjung, terutamanya dari India, Nepal dan China. Pengunjung-pengunjung nyata berminat dengan pelbagai jenis peralatan perubatan getah buatan Malaysia yang dipamerkan, termasuk sarung tangan perubatan, dam pergigian, tiub senaman dan band senaman.
09 APR 2015
Medical Fair India 2015
MREPC mengalu-alukan pengunjung perdagangan ke Kuala Lumpur di Automechanika 2015!
MREPC telah menyertai acara dwi-tahunan Automechanika Kuala Lumpur (AMKL2015) yang diadakan di Pusat Konvensyen KualaLumpur dari 19-21 Mac 2015. Acara ini telah dianjurkan oleh Messe Frankfurt (HK) Berhad dan Berjaya menarik lebih daripada 6,000 orang pengunjung serta 240 syarikat pempamer dari 21 buah negara.
MREPC telah mempamerkan pelbagai komponen automotif getah seperti tapakenjin, hos, belosgetah, profil getah, o-rings dan bermacam lagi. MREPC menerima banyak minat dari pengunjung-pengunjung yang bukan hanya berminat mengenali pengusaha-pengusaha penghasilan komponen getah tetapi juga dalam ingin dapat maklumat mengenai potensi industry getah di Malaysia. Pertanyaan spesifik yang diterima di AMKL2015 akan dislurkan hepada pengilang yang berkenaan.
02 APR 2015
MREPC mengalu-alukan pengunjung perdagangan ke Kuala Lumpur di Automechanika 2015!
MREPC pamer di KIMES 2015, di Korea Selatan
MREPC telah menyertai pameran Korea International Medical & Hospital Equipment Show 2015 (KIMES) ke-31 bertarikh 5 – 8 Mac 2015 di Seoul, Korea Selatan. Acara tahunan ini dianjurkan bersama oleh Korea E&EX Inc., Korea Medical Devices Industrial Cooperative dan Korea Medical Devices Industry Association. Acara yang berlangsung selama empat hari ini di Coex mall dan menarik penyertaan 1,145 syarikat dari 34 negara, berjaya menarik lebih daripada 70,000 pelawat.
MREPC mempamerkan peralatan perubatan buatan getah termasuk sarungtangan perubatan, kondom, kateter, penghadang pergigian dan sarung probe. MREPC menerima minat yang memberangsangkan dan maklumbalas yang positif atas barangan perubatan berasaskan getah dari pengedar-pengedar serta pengguna komersial Korea Selatan.
30 MAR 2015
MREPC pamer di KIMES 2015, di Korea Selatan
Medical Fair India 2015
MREPC akan menyertai Medical Fair India 2015 ke-21 yang akan berlangsung dari 21-23 Mac 2015 di New Delhi, India.
Seramai enam pengeluar produk perubatan berasaskan getah dari Malaysia akan menyertai pameran ini dibawah Pavilion MREPC.
Selaras dengan tema Pameran bagi tahun ini, ‘Infrastruktur Hospital’, Medical Fair India bukan sahaja akan mempamerkan produk-produk perubatan untuk aplikasi klinikal, tetapi juga semua jenis produk dan kumpulan produk yang diperlukan untuk membina, melengkapi dan mengoperasi hospital, klinik dan pusat kesihatan.
Dengan empat dewan di Pragati Maidan, Medical Fair India 2015 di jangka manarik lebih daripada 8,000 pengunjung dari seluruh dunia.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Hall 12A, Booth B20 untuk mendapatkan peralatan perubatan getah bermutu tinggi buatan Malaysia di Medical Fair India 2015.
23 MAR 2015
Medical Fair India 2015
MREPC dan Deligasi Malaysia sertai Taipei AMPA 2015, di Taiwan
MREPC akan menyertai Taipei AMPA yang ke-31 yang akan diadakan di Taiwan dari 8-11 April, 2015 bersama dengan tujuh pengeluar Komponen Automotif Getah.
Taipei AMPA 2015 dianjurkan oleh Taiwan External Trade Development Council dan Taiwan Electrical and Electronic Manufacturers’Association.
Taipei AMPA 2015 dengan keluasan 60,000 meter persegi dan 4,000 gerai, akan menarik 1,500 peserta pameran. Mereka akan mempamerkan produk-produk automotif dan aksesori terkini serta komponen elektronik kereta.
Taipei AMPA 2015 merupakan sebuah platform untuk pengeluar dan pembeli untuk membentuk rangkaian perniagaan.
Lawatilah pavilion MREPC di Dewan 4F, Booth L 0918 di Taipei World Trade Centre Nangang Exhibition Hall untuk komponen automotif berasaskan getah yang berkualiti dari Malaysia di Taipei AMPA 2015.
23 MAR 2015
MREPC dan Deligasi Malaysia sertai Taipei AMPA 2015, di Taiwan
Medical Fair India 2015
MREPC akan menyertai Medical Fair India 2015 yang ke-21 berlangsung dari 21-23 Mac 2015 di New Delhi, India.
Bersama dengan tema focus baru ‘Infrastruktur Hospital’, Medical Fair India bukan sahaja akan mempamerkan produk perubatan untuk aplikasi klinikal, tetapi juga semua jenis produk dan kumpulan produk yang diperlukan untuk membina, melengkapi dan mengoperasi hospital, klinik dan pusat kesihatan.
Dengan empat dewan di Pragati Maidan, Medical Fair India 2015 di jangka manarik lebih daripada 8,000 orang pengunjung dari seluruh dunia. Sebanyak enam pengeluar peralatan perubatangetah Malaysia akan menyertai acara tersebut di bawah pavilion MREPC.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Hall 12A, Booth B20 untuk mendapatkan peralatan perubatan getah bermutu tinggi buatan Malaysia di Medical Fair India 2015.
18 MAR 2015
Medical Fair India 2015
Penyertaan kali pertama MREPC di Mosbuild, Russia
MREPC akan menyertai buat pertama kali di Moscow’s Mosbuild, sebuah pameran antarabangsa khusus untuk industri pembinaan bangunan dan infrastruktur. Akan di adakan dari 14 hingga 17 April 2015, dua pengeluar produk getah kejuruteraan Malaysia akan menyertai pameran perdagangan ini bersama dengan MREPC.
Pelawat ke pameran tersebut akan berpeluang bertemu dengan pengeluar produk getah seperti “High Damping Rubber Bearings†(seismic rubber bearings), bearing jambatan, “pad bearing†dan “expansion jointsâ€. Lawati booth MREPC di Booth No: F661 di Mosbuild’s Expocentre, Moscow untuk mendapat maklumat lanjut mengenai produk getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
09 MAR 2015
Penyertaan kali pertama MREPC di Mosbuild, Russia
Automechanika Kuala Lumpur 2015, 19 - 21 March 2015
MREPC akan menyertai Automechanika Kuala Lumpur 2015 (AMKL 2015) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 19-21 Mac 2015. AMKL 2015 merupakan salah satu pameran perdagangan serantau yang terkemuka bagi industry automotif yang mensasarkan pengunjung dari ASEAN. AMKL juga adalah satu-satunya pameran perdagangan automotif Malaysia yang dianjurkan dengan kerjasama MATRADE.
AMKL 2015 akan berlangsung dalam 4 dewan pameran yang berkeluasan 7,465sqm, dengan 230 peserta pameran dari dalam dan luar negara yang dijangka akan menarik lebih dari 6,000 pengunjung. Pameran ini menyediakan platform pameran yang memenuhi kehendak pihak pembeli dan pembekal. Terdapat juga beberapa program sampingan yang memaparkan berita industry dan rangkaian perniagaan terkini.
Kunjungilah MREPC di Dewan 4, Booth M38-M40 untuk medapatkan pelbagai jenis komponen automotif getah buatan Malaysia di Automechanika Kuala Lumpur 2015.
09 MAR 2015
Automechanika Kuala Lumpur 2015, 19 - 21 March 2015
Penyertaan MREPC dii Pameran Peralatan Perubatan & Hospital Antarabangsa Korea ke-31
MREPC akan menyertai Pameran Peralatan Perubatan & Hospital Antarabangsa Korea ke-31 (31st Korean International Medical & Hospital Show (KIMES 2015)) dari 5 - 8 Mac 2015 di Seoul, Korea Selatan. KIMES 2015 adalah salah satu pameran perubatan yang penting di Asia dengan daya tarikan yang tinggi bagi semua yang terlibat dalam perindustrian perubatan dan kesihatan.
Ruang MREPC akan mempamerkan dan memnyampaikan maklumat terkini mengenai peralatan perubatan getah berkualiti tinggi Buatan Malaysia, termasuk sarubg tangan, kondom, kateter dan produk-produk lain dengan applikasi dalam bidang perubatan dan kesihatan.
KIMES 2015 dijangka dapat menarik lebih dari 70,000 pengunjung dan 1,200 syarikat pameran tempatan dan antarabangsa, dan memberi peluang mengenali tren-tren industri perubatan terbaru, mendapat maklumat mengenai teknologi terkini dan juga melancarkan produk-produk baru.
Kunjungilah MREPC di tingkat 1, Hall A, Booth A762 di KIMES 2015, untuk mendapat maklumat lengkap mengenai pelbagai barangan perubatan getah yang berkualiti buatan Malaysia.
26 FEB 2015
Penyertaan MREPC dii Pameran Peralatan Perubatan & Hospital Antarabangsa Korea ke-31
Arab Health 2015 Menempatkan Pavilion Dua Tingkat Pertama MREPC
Sekali lagi MREPC menyertai Arab Health yang telah diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai dari 26-29 Januari 2015. Meraikan ulang tahun yang ke-40 tahun ini, Arab Health 2015 merupakan platform yang terbesar di rantau ini bagi pengeluar, pemborong dan pengedar yang terkemuka di dunia untuk bertemu dengan komuniti perubatan dan saintifik.
Bagi kali pertamanya, MREPC mendirikan pavilion dua tingkat yang menempatkan sejumlah 14 syarikat pengilang alat-alat perubatan berasaskan getah Malaysia. Pavilion dua tingkat ini berjaya menarik perhatian pengunjung-pengunjung dan mendapat pujian yang menggalakkan dari peserta dan pengunjung pameran.
MREPC dan syarikat-syarikat Malaysia yang menyertai bersama dapat memberi impak yang positif mempromosikan alat-alat perubatan getah buatan Malaysia.
17 FEB 2015
Arab Health 2015 Menempatkan Pavilion Dua Tingkat Pertama MREPC
Penyertaan MREPC dalam India Rubber Expo & Tyre Show ke-8, 2015, New Delhi
MREPC telah mengambil bahagian dalam India Rubber Expo & Tyre Show yang ke-8 pada 15-17 Januari 2015 di Pragati Maidan, New Delhi, India. Dianjurkan oleh All India Rubber Industries Association, seramai 311 peserta dari 11 buah negara telah menyertai pameran ini yang merupakan sumber bekalan untuk industri getah dan platform untuk perbincangan mengenai senario pasaran yang terkini, teknologi , serta isu-isu yang berkaitan .
Pelbagai produk getah telah dipamerkan di ruang pameran MREPC , termasuk produk getah perubatan, produk isi rumah , komponen automotif getah, produk sukan getah, dan produk lain berasaskan getah. Pengunjung ke ruang pameran MREPC tertarik dengan kepelbagaian jenis barangan getah dari Malaysia, dan MREPC dapat memberi gambaran kepada pengunjung mengenai produk getah buatan Malaysia.
09 FEB 2015
Penyertaan MREPC dalam India Rubber Expo & Tyre Show ke-8, 2015, New Delhi
Pavilion Dua Tingkat MREPC Yang Pertama di Arab Health 2015
Pavilion MREPC yang berbentuk dua tingkat akan pertama kali didirikan di Arab Health 2015. Seramai empat belas pengeluar produk perubatan getah dari Malaysia akan ditempatkan di dalam Pavilion MREPC, di Pameran Arab Health 2015 yang akan diadakan di Dubai, United Arab Emirates dari 26-29 Januari 2015.
Arab Health 2015 dijangka menjadi tuan rumah bagi 40 pavilion negara dan sejumlah 4,000 peserta pameran yang akan mempamerkan produk-produk dan perkhidmatan industri perubatan dan kesihatan yang terkini. Kini memasuki tahun yang ke-40, Arab Health menyediakan platform terkemuka di dunia untuk pertemuan pengeluar, pemborong dan pengedar produk dan perkhidmatan kesihatan dengan komuniti perubatan dan saintifik dari Timur Tengah serta negara-negara yang lain.
Mengunjungilah Pavilion MREPC yang bertingkat dua di Dewan 6, Gerai 6B01 untuk mendapatkan sumber produk getah perubatan yang berkualiti tinggi dari Malaysia di Arab Health 2015!