Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Meneroka Teknologi Terkini Dalam Automasi dan Robotik di Jepun dan Korea Selatan.
 
MREPC telah menganjurkan satu lawatan kerja ke Jepun dan Korea Selatan dari 5 – 11 November 2017 untuk meneroka teknologi terkini berkaitan mesin, automasi dan robotik. Delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew, turut disertai oleh enam pengilang produk getah kering serta wakil daripada Malaysian Rubber Products Manufacturers Association (MRPMA).

Delegasi melawat fasiliti pengilangan beberapa syarikat Jepun dan Korea Selatan dan didedahkan kepada teknologi terkini dalam mesin, robotik dan automasi. Di Jepun, delegasi negara telah berjumpa dengan pegawai dari syarikat Matsuda Seisakusho, NIKKIREN, Robot Revolution Initiative dan Mitsuba. Di Korea Selatan pula, delegasi mengadakan perjumpaan dengan pegawai syarikat HYRobotics, Daechang Machinery, Shin Chang Precision dan Hyundai Robotics.

Lawatan tersebut mempunyai dua objektif: pertama, untuk melihat dengan dekat teknologi terkini dalam mesin, robotik dan automasi yang ditawarkan oleh syarikat Jepun dan Korea Selatan dan menimbangkan kemungkinan menggunakan teknologi terkini bagi menambah baik kecekapan proses pengilangan; dan kedua, membuka jalan untuk kerjasama antara pengilang produk getah kering Malaysia dengan syarikat Jepun dan Korea Selatan berkaitan mesin, robotik dan automasi.


Delegasi Malaysia bersama wakil NIKKIREN di Jepun.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 20 January 2018