Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Penyertaan MREPC Dalam CMEF Autumn 2017
 
MREPC akan menyertai China International Medical Equipment Fair 2017 edisi musim luruh yang akan berlangsung di Kunming Dianchi Convention & Exhibition Centre, Yunnan Province dari 29 October 2017 - 1 November 2017.

Dilancarkan pada tahun 1979 dan diadakan dua kali setahun iaitu pada musim bunga dan musim luruh, CMEF Autumn 2017 merupakan siri yang ke-78. Setelah 39 tahun inovasi dan penambahbaikan yang berterusan, CMEF telah menjadi pameran terbesar untuk alat perubatan dan produk & perkhidmatan yang berkaitan di rantau Asia Pasifik. Pameran ini merangkumi 15,000 produk seperti pengimejan perubatan, peralatan IVD dan reagen, elektronik perubatan, optik perubatan, pertolongan cemas, alat pemulihan, kejururawatan, teleperubatan dan perkhidmatan penyumberan luar.

CMEF Autumn 2017 dijangka menarik lebih daripada 4,000 pengeluar peranti perubatan dari 28 buah negara dan 120,000 pengunjung yang terdiri daripada agensi perolehan kerajaan, pengedar dan peniaga. CMEF menyediakan platform yang baik untuk berdagang, mengetahui barangan baharu dan bertukar maklumat.

Kunjungilah gerai promosi MREPC di Dewan 10 nombor G09 untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai produk getah yang berkualiti tinggi buatan Malaysia termasuk sarung tangan pemeriksaan, sarung tangan pembedahan, sarung tangan pergigian dan kateter.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 24 November 2017