Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

MREPC Menganjurkan Program Pendidikan Sarung Tangan Getah Perubatan di Hyderabad dan Ahmedabad
 
Seminar MREPC bertajuk ‘Mengurus Kawalan Jangkitan – Memilih Sarung Tangan yang Betul’ di Hyderabad dan Ahmedabad telah menerima sambutan yang baik dengan penyertaan melebihi 300 orang terdiri daripada pelajar kejururawatan dan pekerja penjagaan kesihatan serta pengimport dan pengedar alatan perubatan getah. Seminar dianjurkan semasa misi khas sarung tangan getah perubatan ke India dari 8 – 14 Oktober 2017 yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew. Seminar pendidikan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MREPC untuk mendekati kakitangan penjagaan kesihatan di India bagi meningkatkan kesedaran dan mempromosikan penggunaan sarung tangan getah perubatan dengan betul untuk mengurangkan jangkitan.

Program misi juga merangkum sesi perbincangan meja bulat bersama pengimport dan pengedar alatan perubatan getah di Hyderabad dan Ahmedabad. Perbincangan interaktif tersebut telah menyediakan maklum balas yang berguna tentang perdagangan alatan perubatan getah antara Malaysia dan India serta perkembangan terkini mengenai industri penjagaan kesihatan India.

Delegasi juga telah melawat Federation of Telangana and Andhra Pradesh Chambers of Commerce and Industry (FTAPCCI), dan Krishna Institute of Medical Sciences (KIMS) Hospital di Hyderabad, dengan tujuan mewujudkan jaringan hubungan dan mempelajari perkembangan terkini dalam sektor penjagaan kesihatan di India.



Sesi perbincangan meja bulat bersama pengimport dan pengedar alatan perubatan getah di Ahmedabad, India.



 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 19 November 2017