Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Penyertaan Julung Dalam Persidangan Pengilang Hos 2017
 
MREPC akan membuat penampilan julung dalam Persidangan Pengilang Hos 2017 dari 24 hingga 25 Oktober 2017. Acara ini yang dianjurkan oleh Rubber & Plastics News, Beaver Manufacturing Company bersama Continental ContiTech akan diadakan di Hilton Akron-Fairlawn, Ohio, Amerika Syarikat. Persidangan 2017 akan merangkum topik seperti inovasi dalam bahan, proses dan teknologi yang berkaitan dengan industri hos.

MREPC akan mengambil bahagian dalam pameran perdagangan persidangan untuk mempamerkan pelbagai jenis hos getah yang dibentuk dan mandrel yang digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti abrasion, gas, automobil, bahan kimia, marin dan lain-lain.

Datanglah mengunjungi pavilion MREPC di Bilik Bekaert, gerai no. 8 untuk mendapatkan hos getah buatan Malaysia yang berkualiti tinggi.

 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 21 November 2017