Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Misi Khusus ke India Mengenai Alat Perubatan Getah
 
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik kumpulan sasaran di India tentang sarung tangan perubatan getah dan alat perubatan getah buatan Malaysia yang lain, MREPC akan menganjurkan misi khusus ke Hyderabad dan Ahmedabad, India dari 8 - 14 Oktober 2017. Misi ini akan diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC.

Semasa misi tersebut, satu seminar sarung tangan bertemakan “Managing Infection Control – Selecting the Right Gloves" akan diadakan di Hyderabad pada 10 Oktober dan Ahmedabad pada 12 Oktober. Seminar ini akan disusuli oleh sesi pemadanan perniagaan dengan pengeluar peralatan perubatan getah dari Malaysia.

Dengan tujuan untuk mengumpulkan maklum balas dan bertukar maklumat dengan pemain industri utama seperti pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan peralatan perubatan getah, MREPC juga akan menganjurkan perbincangan meja bulat dengan mereka. Lawatan kerja ke organisasi yang berkaitan juga akan dianjurkan untuk menjalin hubungan dengan ahli industri serta mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pasaran di India.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 18 November 2017