Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Jemputan ke Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai MREPC untuk Arab Health 2018
 
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai taklimat tender reka bentuk dan pembinaan gerai MREPC untuk Arab Health 2018.

Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-


  • Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

  • Syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya telah ditubuhkan untuk tiga tahun.

  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.

  • Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas sekurang-kurangnya di dalam 6 pameran perdagangan antarabangsa.

  • Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.


Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio untuk memenuhi prasyarat di atas dan diminta menghantar dokumen tersebut kepada Ms Sheen di sheen@mrepc.com sebelum 12 tengah hari, 25 September 2017 (Isnin).

Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Ms Sheen di sheen@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.

Butiran berkaitan dengan taklimat tender adalah seperti berikut:

TARIKH: 29 September 2017 (Jumaat)
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT: Board Room, East Wing, MREPC, Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, KL Sentral.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 21 November 2017