Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Penyertaan Berjaya Dalam Medicall 2017, Edisi Chennai
 
MREPC sekali lagi menandakan penyertaan yang berjaya dalam Medicall edisi ke-17 di Chennai. Acara 3 hari tersebut diadakan dari 28 - 30 Julai 2017 di Chennai Trade Centre, Chennai, India. Empat pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia, iaitu Biomax, Hartalega, Top Glove dan Winmed telah mengambil bahagian di bawah pavilion MREPC untuk mempromosikan sarung tangan getah perubatan berkualiti tinggi buatan Malaysia.

Sebanyak 650 peserta pameran dari 13 buah negara dan lebih daripada 10,000 pelawat mengambil bahagian dalam acara tersebut yang dianggap sebagai pameran keperluan dan peralatan perubatan hospital yang terulung di India. Persidangan serentak telah dianjurkan dengan pembentangan daripada pakar-pakar dari seluruh dunia sementara anugerah inovasi diberikan kepada pemain yang cemerlang dari industri penjagaan kesihatan semasa Medicall 2017.

Sepanjang acara 3 hari, gerai MREPC sibuk dengan sesi pemadanan perniagaan bersama pembeli berpotensi dan pertanyaan perdagangan. Jumlah jualan yang positif dilaporkan oleh semua pengeluar Malaysia yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 19 November 2017