Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Misi Khusus ke China Mengenai Sarung Tangan Perubatan Getah
 
MREPC akan menganjurkan satu misi khusus mengenai sarung tangan perubatan getah ke Xiamen dan Guangzhou, China dari 20 - 26 Ogos 2017. Misi ini akan diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC.

Semasa misi ini, satu seminar sarung tangan bertemakan “Menguruskan Kawalan Infeksi – Memilih Sarung Tangan Yang Betul" akan diadakan di Xiamen dan Guangzhou masing-masing. Seminar akan disusuli oleh sesi pemadanan perniagaan dengan pengeluar peralatan perubatan getah dari Malaysia. Delegasi akan juga mengadakan perbincangan dengan beberapa organisasi yang berkaitan dengan industri penjagaan untuk memperkukuh hubungan serta meningkatkan pemahaman mengenai pasaran di China.

Atur cara misi juga mengandungi perbincangan meja bulat setengah hari dengan pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan peralatan perubatan getah di kedua-dua bandar raya tersebut. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pertukaran maklumat dengan pemain industri utama.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 18 November 2017