Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Memperkukuh Perdagangan Getah & Produk Getah dan Meningkatkan Kerjasama Dalam Pembangunan Industri Getah Dengan Filipina Misi Menteri yang berjaya ke Filipina
 
MREPC telah mengambil bahagian dalam misi promosi getah dan produk getah ke Filipina dari 17 - 20 Julai 2017, dengan tujuan memperkukuh perdagangan getah dan produk getah serta meningkatkan kerjasama dalam pembangunan industri getah. Misi diketuai oleh YB. Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dengan penyertaan dari pelbagai agensi. Semasa misi tersebut, MREPC bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menganjurkan satu perbincangan meja bulat setengah hari dengan pengimport, pembeli, pengedar dan persatuan produk getah dan getah mentah. Tujuan perbincangan adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada ahli industri getah Filipina mengenai isu berhubung perdagangan getah dan produk getah. Datuk Seri Mah telah menyampaikan ucapan aluan dalam perbincangan meja bulat tersebut. Perbincangan yang interaktif telah memberikan maklum balas yang berguna mengenai perdagangan getah dan produk getah antara Malaysia dan Filipina serta maklumat kemas kini industri getah Filipina.

Perwakilan dari MREPC dan LGM juga membuat kunjungan hormat terhadap Setiausaha Jabatan Pertanian dan Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri. Mereka juga melawat pejabat perhubungan Philippines Rubber Research Institute (PRRI) dan bertemu dengan pegawai dari Philippines Rubber Industries Association (PRIA) dan Philippines Institute of Volcanology and Seismology (PHILVOCS), dengan tujuan memupuk kerjasama untuk meningkatkan pembangunan inustri getah.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 24 November 2017