Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Penyertaan Julung MREPC Dalam INA PAACE Automechanika Mexico City 2017
 
MREPC telah mengambil bahagian buat julung kali dalam INA PAACE Automechanika Mexico City 2017 yang berlangsung dari 14 hingga16 Jun 2017 di Centro Banamex, Mexico City, Mexico. Acara ini yang dianjurkan setiap tahun menyediakan platform yang bersepadu bagi industri automotif OEM serta pasaran lepasan automotif. Acara ini juga telah menarik lebih daripada 500 peserta pameran dan lebih 20,000 pembeli penting. Kebanyakan pembeli berasal dari Argentina, Australia, Brazil, China, Jerman, India, Mexico, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

MREPC menyertai acara tersebut bersama lima pengeluar komponen getah automotif di bawah pavilionnya yang mempamerkan pelbagai komponen automotif getah berkualiti tinggi dari Malaysia. Terdapat dua pengeluar komponen automotif getah negara yang turut mengambil bahagian sendiri dalam pameran tersebut.

Kebanyakan pertanyaan yang diterima oleh MREPC adalah daripada pelawat tempatan serta dari Argentina, Brazil, Perancis, Jerman, Itali, India, Korea Selatan, Taiwan, Turki, UAE dan Amerika Syarikat. Sebahagian besar pertanyaan adalah mengenai komponen getah untuk kenderaan penumpang seperti hos radiator, cagak enjin, but CV, tali sawat dan ring-O.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 19 November 2017