Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Sumbangan Sejuta Sarung Tangan Getah Perubatan Kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak
 
Sebagai usaha meningkatkan tahap kesedaran penggunaan sarung tangan di dalam negara, Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) telah berjaya menganjurkan satu majlis untuk menyampaikan sumbangan sejuta sarung tangan perubatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Ahad, 21 Mei 2017. Majlis yang bermakna ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta menyerahkan replica cek untuk satu juta sarung tangan getah perubatan kepada YBhg. Dato’ Dr Hassan Merican, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Sarung tangan getah perubatan akan diedarkan ke hospital, klinik, klinik pergigian dan pusat perubatan di seluruh negeri Perak. Sumbangan sarung tangan ini bertujuan untuk menyokong usaha Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi menambahbaik perkhidmatan penjagaan kesihatan serta berkongsi kepentingan penggunaan sarung tangan getah dengan komuniti perubatan dan orang awam.

Sempena majlis penyampaian sumbangan sarung tangan getah perubatan Ini, MREPC juga mengadakan Karnival 1 Juta Sarung Tangan Getah Negeri Perak di tempat bersejarah di Dataran Menara Condong, Teluk Intan. Lokasi tersebut amat sesuai untuk menarik kunjungan orang awam bagi menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti senaman aerobik, permainan dan sukan yang menyediakan banyak hadiah untuk dimenangi, persembahan badut dan belon, kiosk bergambar dan juga pameran barangan getah. Hospital Teluk Intan juga telah menyediakan saringan kesihatan percuma serta mengendalikan kempen derma darah yang berjaya menarik perhatian orang awam. Majlis hari ini menandakan program sumbangan sarung getah perubatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri yang kedua untuk MREPC selepas sumbangan pertama kepada negeri Sarawak pada tahun 2016.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 21 November 2017