Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Persidangan dan Pameran Industri Getah Antarabangsa (IRICE) 2017
 
MREPC telah menyertai Persidangan dan Pameran Industri Getah Antarabangsa (IRICE) 2017 dari 19 – 20 Mei 2017 di Menara Top Glove, Setia Alam. IRICE 2017 yang bertema “Innovating for Tomorrow” dianjurkan oleh Persatuan Pengeluar Produk Getah Malaysia (MRPMA) sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-65.

Persidangan merangkumi pembentangan berhubung topik penting seperti perkembangan R&D, perdagangan dan pelaburan getah serta trend harga. Pameran pula menonjolkan keupayaaan pengilang negara dalam menghasilkan pelbagai produk getah yang berkualiti tinggi seperti sarung tangan perubatan, kondom, hos industri, bahan dan servis pengkompaunan. Yang penting, IRICE 2017 menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman serta menghubungkan pengeluar, pemborong dan pengedar dengan getah dan produk getah.

Gerai MREPC telah menarik banyak pelawat dari negara China dan Taiwan. Kebanyakan pertanyaan yang diterima adalah berhubung sarung tangan pemeriksaan nitril dan getah serta produk lain seperti sarung tangan industri, benang getah, kondom, sarung tangan penebat dan getah asli.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 19 November 2017