Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Penyertaan Julung Kali MREPC Dalam Seminar Antarabangsa Mengenai Getah Asli Dalam Pembinaan Jalan
 
MREPC mengambil bahagian buat kali pertama dalam Seminar Antarabangsa Mengenai Getah Asli Dalam Pembinaan Jalan 2017. Seminar ini yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka, bertujuan mempromosikan penggunaan produk getah terutamanya untuk pembinaan jalan dan infrastruktur. Pengeluar produk getah kejuruteraan, Doshin Rubber Products, turut mengambil bahagian dalam pameran ini.

Acara ini mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembinaan dan infrastruktur, iaitu teknologi nano untuk pembinaan jalan, keselamatan lalu lintas dan penandaan tepi jalan, penyelesaian untuk penyelenggaraan jalan, pemulihan tepi jalan, menaik taraf jalan dan pengumpulan data berteknologi tinggi untuk pembaikan jalan. Beberapa syarikat ternama yang terlibat dalam pembinaan jalan di Malaysia seperti Roadcare, Kemaman Bitumen, Shell Bitumen dan Regent Holdings turut menyertai pameran.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah tempatan yang berpengalaman meliputi keserasian getah dengan asfalt untuk turapan jalan, kepentingan bitumen getah yang diubahsuai dan sejarah penggunaan getah asli bitumen yang diubahsuai dalam pembinaan jalan di Malaysia. Penceramah dari China, India dan Thailand turut berkongsi pengalaman mereka mengenai penggunaan getah asli dalam bitumen yang diubahsuai di negara asal mereka.

Gerai MREPC menerima ramai pelawat terutamanya dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dari seluruh Malaysia, pembina jalan tempatan serta penyelidik tempatan dan luar negara. Kebanyakan pertanyaan adalah berhubung sendi pengembangan getah, bumper kelajuan getah dan produk lain yang berkaitan seperti post letak kenderaan getah dan cat’s eye.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 19 November 2017