Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

MREPC Menyertai CMEF Spring 2017
 
MREPC bersama 13 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia akan menyertai China International Medical Equipment Fair ke-77 dari 15 – 18 May 2017, di National Exhibition and Convention Centre (NECC), Shanghai, China.

CMEF telah dianjurkan sejak tahun 1979 dan telah berkembang untuk menjadi pameran perdagangan terbesar di rantau Asia-Pacific untuk peralatan perubatan dan produk serta perkhidmatan yang berkaitan. Pameran perdagangan ini besar meliputi 15,000 produk seperti pengimejan perubatan, peralatan IVD dan reagen, elektronik perubatan, optik perubatan, pertolongan cemas, pemulihan peranti, kejururawatan, teleperubatan, peranti boleh pakai dan perkhidmatan penyumberan luar. CMEF menyediakan perkhidmatan untuk keseluruhan rantaian nilai peralatan perubatan bermula daripada pengilang produk hingga kepada pengusaha perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengguna akhir.

Pavilion MREPC akan mempamerkan pelbagai peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti termasuk sarung tangan pemeriksaan, sarung tangan pembedahan, kondom, kateter getah, sarung jari dan probe cover.

Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan 5.1, Gerai G18 di CMEF Spring 2017 untuk mendapatkan peralatan perubatan getah buatan Malaysia yang bermutu.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 19 November 2017