Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Program Penyumberan Pembeli yang Berjaya Sempena Penyertaan di Automechanika Kuala Lumpur 2017
 
MREPC telah menganjurkan sebuah gerai promosi dalam acara dwi tahunan Automechanika Kuala Lumpur dari 23 hingga 25 Mac 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pameran ini telah menarik lebih daripada 8,000 pelawat dan 246 peserta pameran dari China, Eropah, Malaysia, Taiwan dan Singapura. Selain daripada gerai MREPC, terdapat empat pengeluar komponen automotif getah Malaysia yang turut menyertai pameran.

Kebanyakan pertanyaan yang diterima oleh MREPC adalah daripada pelawat tempatan serta mereka dari Bangladesh, China, India, Iraq, Mesir, Pakistan, Rusia dan Singapura. Kebanyakan pertanyaan adalah mengenai bahagian getah untuk kenderaan penumpang seperti hos radiator, cagak enjin, CV boot, belting motor dan O-ring.

Sempena pameran itu, MREPC telah menganjurkan Program Penyumberan Pembeli untuk komponen automotif getah. MREPC menerima dua pembeli berpotensi dari Mexico dan Indonesia. Mereka berminat dalam mendapatkan komponen automotif getah seperti pengedap getah, cagak enjin, sesendal getah, weather-strips, bahagian getah yang dibentuk menerusi proses pengacuanan serta bahagian getah untuk sistem brek. MREPC telah juga mengendalikan sebanyak 17 padanan perniagaan bersama 11 pengeluar komponen automotif getah negara.



Pertemuan pembeli berpotensi dengan pembuat komponen automotif getah.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 18 November 2017