Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Program Buyers' Sourcing oleh MREPC Sempena Penyertaan di Automechanika Kuala Lumpur 2017
 
MREPC akan menyertai Automechanika Kuala Lumpur yang merupakan pameran perdagangan terulung untuk industri automotif di rantau ini dan diadakan sekali setiap dua tahun. Acara ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula dari 23 hingga 25 Mac 2017. Pameran ini dijangka menarik lebih daripada 8,000 pelawat serta 300 peserta pameran dari seluruh dunia. Pelbagai komponen kereta berasaskan getah akan dipamerkan di gerai MREPC seperti alas paut enjin, hos, bellow, pengikat, pengedap, gelang-O, sarung tangan industri serta sarung tangan pelbagai guna.

Sempena pameran ini, MREPC akan menganjurkan Program Buyers’ Sourcing khas untuk komponen kereta berasaskan getah bagi membantu pengeluar dan pengedar komponen kereta berasaskan getah dari Malaysia bertemu dengan pengimport dan pengedar komponen kereta dari luar negara. Melalui program ini, pengilang dan pengedar komponen kereta berasaskan getah negara akan dapat menjalin hubungan, menjanakan prospek perniagaan serta bertemu dengan pengedar atau rakan kongsi yang berpotensi.

Kunjungilah gerai MREPC # M41 di Dewan 4 untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk komponen kereta berasaskan getah buatan Malaysia. Pihak yang berminat juga dijemput untuk menyertai Program Buyers’ Sourcing bersama pengimport dan pengedar komponen kereta dari luar negara.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 21 November 2017