Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Misi Khusus ke Myanmar Yang Berjaya
 
MREPC telah menganjurkan dengan jayanya satu misi khusus untuk produk getah kejuruteraan ke Yangon, Myanmar dari 10 – 11 Februari 2017. Misi tersebut diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC. Program misi ini termasuk seminar yang bertemakan “The Use of Base Isolation to Protect Structures Against Earthquake Damage”, sesi pemadanan perniagaan dengan pelanggan berpotensi; serta lawatan lokasi dan perjumpaan dengan pegawai dari Kementerian Pembinaan Myanmar untuk penyelarasan sumbangan galas gempa.

Seminar satu hari ini dihadiri oleh 82 peserta manakala sebanyak 11 sesi pemadanan perniagaan telah diaturkan oleh MREPC. Lawatan lokasi dibuat ke Jambatan Bayintnaung di Yangon yang telah dikenalpasti untuk dipasang dengan Alat Galas Redaman Getah Asli Tinggi yang ditaja oleh MREPC dan Doshin. Pemasangan alat galas getah dijangka disiapkan pada separuh kedua 2017.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 21 November 2017