Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

MREPC Menyertai Arab Health 2017
 
MREPC bersama 11 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia telah menyertai Arab Health 2017 untuk mempamer dan mempromosi peralatan perubatan buatan getah negara yang bermutu tinggi. Arab Health merupakan pameran perubatan terbesar di rantau Timur Tengah dan juga kedua terbesar di dunia.

Siri Arab Health ke-42 telah berlangsung dari 30 Januari – 2 Februari 2017 di Dubai, United Arab Emirates. Pameran ini menyediakan satu platform yang menyeluruh dan menarik untuk perniagaan serta pertukaran maklumat mengenai perkembangan terkini dalam industri penjagaan kesihatan Timur Tengah. Pengunjung yang menghadiri pameran kebanyakannya adalah peniaga, pengimport, pengedar dan wakil dari hospital dan makmal perubatan dari Gulf Cooperation Council (GCC).

Pavilion MREPC yang merangkumi 108 meter persegi telah menerima pengunjung yang terutamanya dari Timur Tengah dengan kebanyakan pertanyaan mengenai sarung tangan perubatan. Sesi pemadanan perniagaan turut diselaraskan sepanjang 4 hari acara tersebut. Kesemua pengeluar yang mengambil bahagian amat berpuas hati dengan hasil pameran tersebut dan menyatakan minat untuk kembali ke siri seterusnya pada tahun 2018.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 21 November 2017