Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Arkib Berita

Arkib Berita

  Kembali ke Arkib

Penyertaan Kali Pertama Dalam World Conference on Earthquake Engineering di Santiago, Chile
 
Buat julung kalinya, MREPC akan menyertai World Conference on Earthquake Engineering ke-16 (16th WCEE) yang akan berlangsung di Santiago, Chile bermula dari 9 hingga 13 Januari 2017. Persidangan ini dianjurkan oleh International Association of Eathquake Engineering dan dijangka menarik lebih daripada 4,000 peserta.

Sejak pengenalannya pada tahun 1956, persidangan ini telah berlangsung setiap empat tahun di beberapa negara. WCEE menyediakan persekitaran yang sesuai untuk bertukar maklumat, idea dan hasil kajian serta pengalaman dalam kejuruteraan gempa bumi. Persidangan ini dijangka menarik penyertaan komuniti global yang pelbagai disiplin terdiri daripada saintis, jurutera, arkitek, perancang dan penggubal dasar, dengan minat yang sama iaitu untuk mempromosi pencegahan risiko gempa bumi.

MREPC bersama pengeluar dari Malaysia akan mempamer dan mempromosikan barangan getah kejuruteraan yang berkualiti seperti alat galas redaman tinggi getah asli, bearing jambatan, sendi pengembangan dan fender pelabuhan.

Lawatilah gerai MREPC di E6 & E7 di Pusat Pameran CasaPiedra untuk mengetahui lebih dalam mengenai barangan getah kejuruteraan berkualiti tinggi yang diperbuat di Malaysia.


 

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 19 November 2017