MEDIA
SIARAN
BERITA
MREPC Menyertai Pameran Produk Aftermarket Automotif (AAPEX) Terbesar di Amerika Syarikat
AAPEX 2018 melihat MREPC menduduki ruang yang lebih besar seluas 1,500 kaki persegi di lokasi yang lebih strategik. Pavilion MREPC menempatkan 10 pengeluar produk getah dalam acara tersebut di Sands Expo, Las Vegas, Amerika Syarikat dari 30 Oktober hingga 1 November 2018. Acara ini yang disertai oleh lebih daripada 2,500 peserta pameran dengan 5,500 gerai untuk mempamerkan produk, perkhidmatan dan teknologi automotif yang terkini dan inovatif telah menarik kira-kira 47,000 pengunjung.
Buat pertama kali, Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), pusat penyelidikan dan promosi Lembaga Getah Malaysia di UK, telah menyertai gerai MREPC untuk memberi sokongan technikal serta mempromosikan perkhidmatan konsultasi getah TARRC. Lokasi baharu strategik pavilion MREPC telah menghasilkan jumlah pertanyaan perdagangan yang menggalakkan, dengan kebanyakannya mengenai hos getah, seal & gasket, bushing getah dan sarung tangan industri.
03 DEC 2018
MREPC Menyertai Pameran Produk Aftermarket Automotif (AAPEX) Terbesar di Amerika Syarikat
Lawatan Kerja ke Filipina Mengenai Produk Kejuruteraan Getah
MREPC telah menganjurkan lawatan kerja ke Filipina mengenai produk kejuruteraan getah dari 25 - 28 November 2018. Tujuan lawatan kerja adalah untuk meneroka peluang perniagaan bagi pengeluar Malaysia serta memperkenalkan galas seismik getah Malaysia. Delegasi dari MREPC dan Doshin Rubber Products telah mengadakan perbincangan dengan pegawai dan perunding dari Philippine Constructors Association, Geohazard Structural Earthquake Engineering Design Consultants, dan Abinales Associates Engineers & Consultants. Perbincangan tersebut membolehkan delegasi Malaysia mengesan peluang yang terdapat di pasaran Filipina untuk galas seismik getah dan produk kejuruteraan getah yang lain.
30 NOV 2018
Lawatan Kerja ke Filipina Mengenai Produk Kejuruteraan Getah
Misi Sarung Tangan Khusus ke India
Menyedari India mempunyai potensi pasaran yang besar untuk peranti perubatan, MREPC sekali lagi menganjurkan satu misi khusus untuk sarung tangan perubatan ke New Delhi dan Chennai bermula 1 hingga 8 Disember 2018. Misi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MREPC untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik fraterniti penjagaan kesihatan di India tentang sarung tangan getah perubatan buatan Malaysia yang berkualiti tinggi.
Program ini juga merangkum satu seminar sarung tangan bertajuk Mengurus Kawalan Infeksi: Memilih Sarung Tangan Yang Betul di kedua-dua bandar raya serta sesi pemadanan perniagaan dengan pengeluar sarung tangan getah perubatan dari Malaysia. Lawatan kerja juga dibuat ke organisasi yang berkaitan untuk memperkenalkan delegasi Malaysia kepada pegawai hubungan perniagaan dan kerajaan yang penting dan memudahkan kefahaman lebih baik tentang peraturan dan keadaan pasaran di India, serta mendapatkan pembeli yang berpotensi untuk sarung tangan perubatan. Untuk lebih mendekati pekerja penjagaan kesihatan, bengkel penggunaan sarung tangan perubatan juga akan dijalankan di hospital terpilih di New Delhi dan Chennai.
26 NOV 2018
Misi Sarung Tangan Khusus ke India
Penyertaan MREPC dalam MyanAuto 2018
MREPC telah menyertai MyanAuto 2018 buat pertama kali dari 9 - 11 November 2018 di Tatmadaw Hall, Yangon, Myanmar. Acara ini merupakan pameran antarabangsa No. 1 Myanmar bagi peralatan, perkhidmatan dan kelengkapan pembaikan automotif.
Gerai promosi MREPC mempamerkan pelbagai komponen automotif getah seperti hos, benang getah prarawat dan pemasangan. Kebanyakan pelawat ke gerai MREPC adalah pengedar dan pedagang Myanmar dengan pertanyaan mengenai bahagian getah yang dibentuk, pelekap dan gasket getah. Dua syarikat produk getah Malaysia, Schmaco dan HML, turut menyertai sendiri pameran MyanAuto.
22 NOV 2018
Penyertaan MREPC dalam MyanAuto 2018
Lawatan Kerja ke Filipina
Berikutan misi khusus ke Filipina mengenai produk getah kejuruteraan baru-baru ini pada bulan Oktober, MREPC akan menganjurkan lawatan kerja ke Manila dari 25 - 28 November 2018. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk meneroka peluang perniagaan bagi pengeluar Malaysia menceburi pasaran Filipina, terutamanya untuk galas seismik getah. Sehubungan ini, delegasi Malaysia akan bertemu dengan perunding kejuruteraan dan syarikat pembinaan untuk membincang galas seismik getah.
19 NOV 2018
Lawatan Kerja ke Filipina
MREPC Akan Menyertai Automechanika Shanghai 2018
MREPC akan menyertai Automechanika Shanghai 2018, yang merupakan satu acara utama bagi industri automotif di China. Acara antarabangsa ini merupakan pameran perdagangan terbesar Asia bagi bahagian, aksesori, peralatan dan perkhidmatan automotif. Satu Zon Kedai Rantaian baharu akan ditubuhkan untuk kali pertama sebagai tindak balas kepada saluran pengedaran China yang semakin mengalami transformasi serta peningkatan kepentingan sektor pembaikan dan penyelenggaraan.
Pameran perdagangan ini yang akan berlangsung dari 28 November - 1 Disember 2018 di National Exhibition and Convention Centre, Shanghai, China, menjangka sebanyak 6,250 peserta pameran dan 140,000 pelawat dari seluruh dunia. Pada pameran kali ini, Pavilion MREPC akan disertai oleh 10 pengeluar Malaysia untuk komponen automotif buatan getah yang berkualiti tinggi.
Datanglah mengunjung Pavilion MREPC di Dewan 2, Booth 2A12, untuk mendapatkan pelbagai komponen automotif buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia!
16 NOV 2018
MREPC Akan Menyertai Automechanika Shanghai 2018
Lawatan Kerja ke Amerika Syarikat dan Eropah
MREPC akan menganjurkan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan Eropah dari 5 - 14 November 2018. Program di Washington DC, Amerika Syarikat akan memberi tumpuan kepada pasaran tayar celup manakala program di Eropah diadakan bersempena dengan penyertaan MREPC dalam pameran perdagangan MEDICA di Dusseldorf, Jerman untuk sektor perubatan.
Lawatan kerja akan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, Puan Low Yoke Kiew. Di Amerika Syarikat, perwakilan Malaysia akan bertemu dengan persatuan dan syarikat produk tayar celup. Objektif program ini adalah untuk mengenal pasti peluang untuk pasaran tayar celup di Amerika Syarikat. Program di Dusseldorf pula akan mengandungi pertemuan dan perbincangan dengan organisasi berkaitan dengan peralatan perubatan getah, bertujuan menerokai peluang kerjasama untuk mempromosikan alat perubatan getah di Eropah.
29 OCT 2018
Lawatan Kerja ke Amerika Syarikat dan Eropah
Penyertaan MREPC Dalam CMEF Musim Luruh 2018
MREPC akan mengambil bahagian dalam China International Medical Equipment Fair (CMEF) edisi musim luruh di Shenzhen Convention & Exhibition Centre, Guangdong Province, dari 29 Oktober – 1 November 2018. Pameran tersebut dilancarkan pada tahun 1979 dan diadakan dua kali setiap tahun pada musim bunga dan musim luruh. Kali ini merupakan edisi yang ke-80.
CMEF telah menjadi pameran perdagangan terbesar di rantau Asia-Pasifik untuk peralatan perubatan serta produk dan perkhidmatan yang berkaitan. Pameran ini merangkumi pelbagai jenis produk peralatan perubatan. Dengan ruang pameran melebihi 110,000 m² dan 12,000 jenis produk, CMEF edisi musim luruh ini dijangka akan menarik 3,000 peserta pameran dan 120,000 pengunjung sepanjang acara 4 hari tersebut. CMEF menawarkan platform ideal untuk perdagangan, menemui produk baharu dan pertukaran maklumat.
Kunjungilah gerai promosi MREPC di Dewan 2, No.L72-76 untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk getah buatan Malaysia yang berkualiti tinggi, termasuk sarung tangan pemeriksaan, sarung tangan pembedahan, kateter dan kuar perlindungan.
24 OCT 2018
Penyertaan MREPC Dalam CMEF Musim Luruh 2018
Penyertaan Kali Pertama MREPC Dalam MyanAuto 2018
Myanmar telah muncul sebagai pasaran penting di Asia Tenggara bagi kenderaan bermotor dengan peningkatan jualan sebanyak 80% dalam 9 bulan pertama 2017, mengikut Persekutuan Automotif ASEAN. Permintaan bahagian auto dan perkhidmatan juga melonjak dengan pesat selaras dengan peningkatan kuasa beli di Myanmar. Justeru itu, pasaran juga meningkat untuk bahagian dan komponen dari luar negara, terutamanya oleh pembuat kereta yang beroperasi di Myanmar.
MREPC akan mengambil bahagian dalam MyanAuto 2018 untuk kali pertama. MyanAuto yang dianjurkan setiap tahun, merupakan platform pemasaran yang ideal untuk peralatan auto, bahagian auto, aksesori, serta alatan perkhidmatan dan pembaikan, dan akan diadakan di Tatmadaw Hall di Yangon, Myanmar dari 9 - 11 November 2018. MyanAuto 2018 dijangka menarik lebih daripada 300 syarikat pameran dan 6,000 pengunjung dagangan. MREPC akan mempamerkan komponen getah automotif berkualiti tinggi buatan Malaysia semasa acara 3 hari tersebut. Datanglah melawat kami di Tatmadaw Hall, Booth No. 053 untuk maklumat lanjut!
24 OCT 2018
Penyertaan Kali Pertama MREPC Dalam MyanAuto 2018
Gerai Payung Julung Yang Diterajui MREPC Dalam MEDICA 2018
Buat julung kali, MREPC akan mengetuai 5 pengilang alat perubatan getah untuk menyertai MEDICA 2018 di Dusseldorf, Jerman dari 12 hingga 15 November 2018.
MEDICA dikenali sebagai pameran perdagangan terkemuka di dunia untuk industri perubatan. Pada tahun ini, MEDICA dijangka menarik lebih daripada 5,100 peserta pameran dari lebih 70 negara yang akan menunjukkan kemajuan terkini dalam bidang perubatan, rawatan dan peralatan di 17 dewan.
MEDICA 2018 akan mempunyai acara serentak seperti COMPAMED Trade Fair yang merupakan platform terkemuka dunia bagi teknologi perubatan yang canggih, serta forum dan persidangan. Antara persidangan ini adalah MEDICA Medicine & Sports yang menumpukan perubatan sukan dan pencegahan, dan MEDICA Health IT Forum yang menekankan digitilisasi dalam industri perubatan. Selain itu, terdapat MEDICA Start-Up Park yang akan mempromosikan syarikat baharu terutamanya dalam kesihatan digital.
Marilah mengunjungi Gerai MREPC Berkonsep Payung No. D40 di Dewan 07, untuk mengetahui lebih lanjut tentang peralatan perubatan getah berkualiti tinggi dari Malaysia.
24 OCT 2018
Gerai Payung Julung Yang Diterajui MREPC Dalam MEDICA 2018
Pavilion MREPC Yang Terbesar Dalam AAPEX 2018
MREPC akan mengetuai 10 pengeluar produk getah untuk menyertai Automotive Aftermarket Products Expo (AAPEX) di Sands Expo, Las Vegas, Amerika Syarikat dari 30 Oktober – 1 November 2018. Pameran tahun ini melihat MREPC mengambil ruang terbesar seluas 1,500 kaki persegi untuk pavilionnya, yang juga akan dipindahkan ke lokasi strategik baharu di Tingkat 1, Gerai No. 7202 yang terletak di sebelah pintu masuk utama.
AAPEX merupakan pameran terulung dunia bagi industri pasaran gantian automotif global yang dianggarkan sebanyak USD740 bilion. Sebanyak 2,500 pengeluar and pembekal akan mempamerkan produk, perkhidmatan dan teknologi yang baharu terdiri daripada 65 kategori dalam AAPEX 2018. Lebih daripada 47,000 pembeli dijangka melawat pameran tersebut, termasuk profesional perkhidmatan dan pembaikan automotif, peruncit bahagian auto, pengedar gudang bahagian auto, pembina enjin dan fleet buyers.
Buat kali pertama, Tun Abdul Razak Research Centre, pusat penyelidikan dan promosi Lembaga Getah Malaysia, akan juga ditempatkan di gerai MREPC untuk mempromosi perkhidmatan konsultasi getah mereka. Kunjungilah Pavilion MREPC untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komponen automotif getah dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
23 OCT 2018
Pavilion MREPC Yang Terbesar Dalam AAPEX 2018
Penyertaan Pertama MREPC di COS+H 2018
MREPC akan mengambil bahagian dalam China International Occupational Safety & Health Exhibition (COS+H) untuk kali pertama.
Pameran dwi-tahunan COS+H telah diadakan 8 edisi berturut-turut di Beijing sejak tahun 2002. Tahun ini, buat kali pertama COS+H akan berlangsung di Hangzhou International Expo Center, Wilayah Zhejiang, dari 15 – 17 Oktober 2018. Acara kali ini dengan jumlah ruang pameran sebanyak 35,000 m2 dijangka akan menerima 1,000 peserta pameran dan 50,000 pelawat.
MREPC akan mempamer dan mempromosikan pelbagai peralatan perlindungan peribadi getah yang berkualiti termasuk sarung tangan industri, sarung tangan pelbagai guna, sarung tangan tahan kimia, sarung jari dan produk getah yang lain. Kunjungilah MREPC di Dewan 1C, gerai 3G-67, untuk mendapatkan sarung tangan pelindung getah berkualiti tinggi serta produk getah yang lain dari Malaysia.
11 OCT 2018
Penyertaan Pertama MREPC di COS+H 2018
Rekod Tinggi Peserta Pameran dan Pengunjung Dalam Automechanika Frankfurt 2018
Edisi ke-25 Automechanika Frankfurt berakhir dengan ciptaan rekod peserta pameran dan pengunjung yang tinggi berbanding tahun 2016. Acara tersebut menarik lebih daripada 5,000 peserta pameran dan kira-kira 136,000 pengunjung dari 181 buah negara (2016: 4,843 peserta pameran dan 133,000 pengunjung dari 170 negara). Ruang pameran tahun ini juga meningkat kepada 315,000 m² mengandungi 23 dewan pameran di Messe Frankfurt. Trend mega dalam pameran tersebut adalah digitalisasi, kenderaan bersih dan kereta klasik.
MREPC Pavilion yang bersaiz 91 meter persegi menempatkan 9 pengeluar Malaysia yang mempamerkan pelbagai komponen dan produk automotif buatan getah. Pertanyaan perdagangan yang diterima adalah menggalakkan, dengan kebanyakannya mengenai seal dan gasket, hos getah dan enjin mounting. Acara selama lima hari tersebut merupakan saluran penting bagi para pengeluar untuk bertemu pelanggan berpotensi baharu dari Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara.
Edisi Automechanika Frankfurt yang akan datang dijadualkan pada 8 - 12 September 2020.
09 OCT 2018
Rekod Tinggi Peserta Pameran dan Pengunjung Dalam Automechanika Frankfurt 2018
Misi Khusus ke Filipina Mengenai Produk Kejuruteraan Berasaskan Getah
MREPC akan menganjurkan satu misi khusus ke Filipina untuk produk kejuruteraan berasaskan getah bermula dari 7 hingga 11 Oktober 2018. Misi ini akan diketuai oleh Encik Brandon Chan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MREPC. Pada 10 Oktober 2018, satu seminar pendidikan yang bertemakan “High-Damping Rubber Bearings as a Seismic Isolator for Buildings and Bridges†akan dianjurkan di Makati, Metro Manila.
Kedua-dua penceramah antarabangsa dan tempatan akan membuat pembentangan dalam seminar tersebut. Seminar ini memberi peluang terbaik kepada jurutera awam dan struktur, perunding jurutera dan pelajar kejuruteraan dari universiti serta pegawai dari syarikat pembinaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan terkini mengenai produk galas struktur. Selain itu, para peserta turut dapat mewujudkan rangkaian dengan pakar dalam bidang galas getah seismik termasuk pengeluar dari Malaysia.
Semasa misi tersebut, MREPC turut menganjurkan sesi perbincangan perniagaan antara pengeluar Malaysia dan peserta untuk mewujudkan jalinan hubungan serta menjana perniagaan baharu dari Filipina.
28 SEP 2018
Misi Khusus ke Filipina Mengenai Produk Kejuruteraan Berasaskan Getah
Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Pavilion MREPC Untuk Arab Health 2019
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai taklimat tender reka bentuk dan pembinaan pavilion MREPC untuk Arab Health 2019 yang akan diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 28 – 31 Januari 2019.
Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-
- Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya telah ditubuhkan untuk tiga tahun.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.
- Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas untuk sekurang-kurangnya 6 projek bagi pameran perdagangan antarabangsa.
- Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.
Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio TERKINI untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Pn Tuty dan Cik Sheen di tuty@mrepc.com dan sheen@mrepc.com sebelum jam 12 tengah hari, 4 Oktober 2018 (Khamis).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Pn Tuty/ Cik Sheen di tuty@mrepc.com / sheen@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.
Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:
TARIKH: 9 Oktober 2018 (Selasa)
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT : Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, 50470 KL Sentral, Kuala Lumpur
27 SEP 2018
Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Pavilion MREPC Untuk Arab Health 2019
Tahniah Kepada Semua Pemenang Anugerah Industri MREPC 2018
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) telah menganjurkan Malam Anugerah Industri 2018 pada 18 September di Hotel One World, Petaling Jaya untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada syarikat yang terbaik dalam industri produk getah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama yang turut menyampaikan anugerah kepada kesemua 14 pemenang. MREPC ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Industri 2018 seperti berikut:
Anugerah Kecemerlangan Eksport (Kategori Organisasi Besar)
Hartalega Holdings Berhad
Kossan Rubber Industries Berhad
Top Glove Corporation Berhad
Anugerah Kecemerlangan Eksport (Kategori Organisasi Peringkat Pertengahan)
Brightway Holdings Sdn Bhd
Comfort Rubber Gloves Industries Sdn Bhd
Molnlycke Health Care Sdn Bhd
Anugerah Kecemerlangan Eksport (Kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana)
CE Technology Berhad
CY-Handee Rubber Mouldings Sdn Bhd
Mediquip Sdn Bhd
Richter Rubber Technology Sdn Bhd
Anugerah Pemasar Terbaik
Weifong Industries Sdn Bhd
Anugerah Paling Inovatif
Top Glove Corporation Berhad
Anugerah Perniagaan Hijau
Hartalega Holdings Berhad
Anugerah Syarikat Paling Cemerlang
Hartalega Holdings Berhad
MREPC berharap anugerah tersebut dapat menggalakkan para pemenang dan syarikat lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam mempromosi dan mengeksport produk getah Malaysia ke seluruh dunia.
21 SEP 2018
Tahniah Kepada Semua Pemenang Anugerah Industri MREPC 2018
Automechanika Frankfurt 2018
MREPC akan mengambil pavilion seluas 91 meter persegi dalam Automechanika Frankfurt ke-25. Acara dwitahunan ini akan diadakan di Messe Frankfurt, Jerman dari 11 hingga 15 September 2018. Pavilion MREPC akan menempatkan 9 pengeluar komponen automotif getah Malaysia.
Automechanika Frankfurt dikenali sebagai pameran perdagangan dunia yang paling tersohor untuk industri automotif sejak pengenalannya pada tahun 1971. Acara ini menyediakan satu platform yang membawa peserta industri, runcit dan woksyop bersama di satu tempat. Edisi Automechanika Frankfurt ke-24 pada tahun 2016 telah mendapat sambutan yang baik dengan 133,000 pengunjung perdagangan dari 170 negara melawat barangan yang ditawarkan oleh 4,843 peserta pameran.
Buat julung kali, REIFEN yang merupakan pameran perdagangan dunia yang terkemuka untuk industri tayar, akan juga diadakan serentak dengan Automechanika Frankfurt di tempat pameran yang sama.
Datanglah melawat Pavilion MREPC di Dewan 1.2, Gerai E15 dalam Automechanika Frankfurt 2018 untuk mendapatkan komponen automotif getah yang berkualiti dari Malaysia.
06 SEP 2018
Automechanika Frankfurt 2018
Penyertaan Pertama MREPC di Xi'an pada Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa Barat ke-35 2018
MREPC akan mengambil bahagian untuk kali pertama di Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa Barat ke-35 2018 di Xi'an, Wilayah Shaanxi, dari 27 - 29 Ogos 2018. Acara ini akan diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa Xi'an Qujiang.
Acara ini dianjurkan oleh Song Jiang Hing Wah Co. Ltd dan ditaja secara bersama dengan Persatuan Perubatan Wilayah Shaanxi, Persatuan Promosi Kesihatan and Pendidikan Shaanxi. Pameran ini merupakan salah satu pameran peralatan perubatan terbesar di rantau barat China bagi perusahaan perubatan dan penjagaan kesihatan untuk membina perdagangan produk dan platform pertukaran teknikal. Ruang pameran adalah sebesar 25,000m² dengan lebih daripada 30,000 pelawat yang dijangka hadir pada pameran itu.
MREPC akan mempamerkan peralatan perubatan getah Malaysia yang berkualiti tinggi di gerai promosi kami. Datanglah berjumpa kami di gerai T42 di Dewan B1.
21 AUG 2018
Penyertaan Pertama MREPC di Xi'an pada Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa Barat ke-35 2018
IRGCE ke-9 + IRC 2018
MREPC akan menyertai gerai promosi dalam International Rubber Glove Conference & Exhibition (IRGCE) ke-9 yang akan diadakan bersama International Rubber Conference (IRC) 2018. Persidangan tersebut akan berlangsung dari 4 - 6 September 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Acara dwitahunan ini yang dianggap sebagai pameran sarung tangan getah terbesar di dunia dianjurkan oleh Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association (MARGMA) dan dihoskan bersama oleh MREPC. Bertemakan "Transforming Technology, Driving Innovation", acara tersebut dijangka menarik lebih daripada 800 peserta persidangan dengan lebih 10,000 pelawat perdagangan.
Pelbagai jenis peralatan perubatan getah buatan Malaysia yang berkualiti tinggi akan dipamerkan di gerai promosi MREPC. Inovasi terkini dan keupayaan pengeluar Malaysia dalam menyesuaikan produk getah akan juga dipamerkan. Datanglah melawat MREPC di gerai E9, East Wing untuk mengetahui produk yang dihasilkan oleh pembuat getah negara.
Satu International Sourcing Programme turut diadakan sempena dengan acara tersebut yang merupakan kerjasama antara MREPC, MATRADE dan MARGMA. Program ini membantu pengeluar Malaysia bertemu dengan pengimport dan pengedar peranti perubatan yang berpotensi dari negara asing. Lebih daripada 35 pembeli berpotensi dari 11 negara telah disahkan untuk menyertai program ini.
20 AUG 2018
IRGCE ke-9 + IRC 2018
Penyertaan MREPC Kedua di China Dental Show 2018 (CDS)
MREPC akan mengambil bahagian dalam China Dental Show 2018 (CDS) untuk kali kedua. CDS 2018 yang merupakan pameran perdagangan akan berlangsung di Shanghai, P.R. China dari 29 Ogos hingga 1 September 2018.
Pameran CDS yang dianjurkan bersama oleh Chinese Stomatological Association dan Reed Sinopharm Exhibitions yang diadakan di National Exhibition and Convention Center (Shanghai) akan dijangka menerima lebih daripada 70,000 pelawat dengan jumlah ruang pameran sebanyak 50,000 m2.
Datanglah ke gerai #S11, Dewan 5.2 untuk mengetahui pelbagai jenis peralatan perubatan dan pergigian getah berkualiti tinggi yang dibuat di Malaysia!
15 AUG 2018
Penyertaan MREPC Kedua di China Dental Show 2018 (CDS)
Persidangan & Pameran Antarabangsa APHM 2018
MREPC menyertai Persidangan & Pameran Antarabangsa APHM 2018 yang baru berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 31 Julai - 2 Ogos 2018. Acara tersebut dianjurkan setiap tahun oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), dengan tema tahun ini bertajuk "Emerging Models of Healthcare Delivery.†Acara sepanjang 3 hari tersebut telah menarik banyak pengunjung asing dan tempatan.
Pelawat ke gerai MREPC kebanyakannya pengedar dan pengimport yang ingin mendapatkan peralatan perubatan getah terutama sarung tangan pemeriksaan lateks dan nitril, dan sarung tangan pembedahan. MREPC telah juga menyertai Program Penyumberan Antarabangsa yang dianjurkan oleh MATRADE dan bertemu dengan pembeli antarabangsa dari Filipina, Bangladesh, Vietnam dan India.
13 AUG 2018
Persidangan & Pameran Antarabangsa APHM 2018
Menteri Industri Utama Baharu Akan Mengetuai Misi Ekonomi, Promosi dan Pelaburan ke China
MREPC akan menyertai misi kementerian ke China pada 21 – 24 Ogos 2018 yang diketuai oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama. Misi ini melibatkan komoditi minyak sawit, getah, dan kayu-kayan. Semasa misi tersebut, MREPC dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan menganjurkan satu makan malam perangkaian bersama pengilang komponen automotif getah China dan persatuan utama berkaitan getah di Guangzhou. Objektif utama makan malam perangkaian ini adalah untuk meneroka potensi kerjasama antara syarikat China dan pengilang komponen automotif getah Malaysia serta untuk menggalakkan pelaburan dari syarikat China di sektor getah di Malaysia. Selain menjalinkan hubungan, makan malam tersebut akan menyediakan platform untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan industri getah bersama YB Menteri dan pegawai tertinggi dari MREPC dan LGM.
13 AUG 2018
Menteri Industri Utama Baharu Akan Mengetuai Misi Ekonomi, Promosi dan Pelaburan ke China
Gerai MREPC - Pusat Tarikan Dalam Persidangan AIDS Antarabangsa Ke-22
Penyertaan MREPC dalam Persidangan AIDS Antarabangsa Ke-22 (AIDS 2018) yang berlangsung dari 23 - 27 Julai 2018 di Pusat Konvensyen Amsterdam RAI, Amsterdam, Belanda merupakan kejayaan besar.
Gerai promosi MREPC yang berwarna-warni bersaiz 18sqm menjadi tarikan utama sepanjang acara tersebut. Pengunjung kagum dengan inovasi dan kreativiti gerai MREPC dan paparan pelbagai jenis kondom buatan Malaysia dari segi tekstur, warna, rasa dan pembungkusan.
Lebih daripada 15,000 penyelidik, aktivis dan pembuat dasar dari lebih 160 negara berkumpul dalam Persidangan AIDS Antarabangsa Ke-22 yang merupakan perhimpunan global terbesar dunia mengenai HIV dan AIDS untuk menangani isu sains, advokasi dan hak asasi manusia. Persidangan AIDS Antarabangsa seterusnya akan diadakan di Sans Francisco dan Oakland, Amerika Syarikat dari 6 - 10 Julai 2020.
08 AUG 2018
Gerai MREPC - Pusat Tarikan Dalam Persidangan AIDS Antarabangsa Ke-22
MEDITECH 2018
MREPC telah menyertai MEDITECH 2018 di Bogota, Colombia dari 3 – 6 Julai 2018 dengan jayanya. Gerai promo MREPC yang mempamerkan pelbagai peralatan perubatan getah menerima sambutan yang baik daripada pelawat tempatan yang meliputi hampir 80% daripada jumlah pelawat. Kebanyakan pelawat merupakan pengedar dan pengimport yang mencari peranti perubatan getah. Sebahagian besar pertanyaan yang diterima oleh MREPC adalah mengenai sarung tangan pemeriksaan lateks, sarung tangan pemeriksaan nitril dan sarung tangan pembedahan. Persidangan “The XIII International Congress of Hospitals and Clinics" yang berlangsung serentak dengan MEDITECH 2018, menumpukan kepada evolusi hospital dan perkhidmatan perubatan di rantau Amerika Selatan. Persidangan tersebut juga memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui trend dan topik terkini dalam sektor penjagaan kesihatan serta maklumat yang luas mengenai trend pasaran di Colombia.
08 AUG 2018
MEDITECH 2018
Majlis Makan Malam Anugerah Industri MREPC 2018
MREPC akan menganjurkan satu majlis makan malam untuk menghargai dan meraikan pencapaian para pemenang Anugerah Industri 2018. Majlis akan diadakan pada 18 September 2018 di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor. Penghargaan diberikan kepada para pemenang yang melakarkan rekod cemerlang dalam tiga kategori seperti berikut: Anugerah Kecemerlangan Eksport, Anugerah Khas dan Anugerah Syarikat Terbaik.
Bagi Anugerah Kecemerlangan Eksport, terdapat tiga pemenang bagi setiap kategori Syarikat Bersaiz Besar, Syarikat Bersaiz Sederhana dan Syarikat SME. Anugerah Khas yang baru diperkenalkan termasuk Anugerah Paling Inovatif, Anugerah Syarikat Mesra Alam dan Anugerah Pemasaran Terbaik. Satu pemenang keseluruhan bagi Anugerah Syarikat Terbaik akan dipilih di kalangan salah satu pemenang enam kategori yang dipertandingkan. Semua pemenang Anugerah Industri MREPC 2018 akan menerima trofi dan sijil.
31 JUL 2018
Majlis Makan Malam Anugerah Industri MREPC 2018
Penyertaan MREPC Dalam Persidangan dan Pameran Kesihatan Antarabangsa APHM 2018
MREPC akan mengambil satu gerai promosi dalam Persidangan dan Pameran Kesihatan Antarabangsa Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM). APHM ditubuhkan untuk mewakili hospital sektor swasta di Malaysia dan menyelaraskan aktiviti hospital-hospital tersebut dengan matlamat untuk memudahkan penjagaan kesihatan dengan tahap piawaian tertinggi kepada orang ramai.
Acara tahun ini, yang merupakan edisi ke-25 dan bertemakan "Emerging Models of Delivery Delivery", akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 31 Julai - 2 Ogos 2018. Dua lagi program iaitu Persidangan Kejururawatan Antarabangsa APHM dan International Sourcing Programme, juga akan diadakan bersempena dengan persidangan APHM. Dengan lebih daripada 200 gerai, pameran akan menunjukkan produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkini serta menyediakan platform yang baik untuk fraterniti penjagaan kesihatan membelajar dan membincang perkembangan penjagaan kesihatan di Malaysia.
MREPC akan mempamerkan pelbagai peralatan perubatan getah yang inovatif dalam acara 3 hari tersebut. Datanglah jumpa kami di Dewan 4, Gerai 006 untuk mengetahui pelbagai jenis peralatan perubatan getah berkualiti tinggi yang dibuat di Malaysia!
30 JUL 2018
Penyertaan MREPC Dalam Persidangan dan Pameran Kesihatan Antarabangsa APHM 2018
MREPC Akan Menyertai Persidangan AIDS Antarabangsa ke-22
MREPC akan menyertai Persidangan AIDS Antarabangsa ke-22 (AIDS 2018) menerusi gerai promosi. Persidangan ini akan berlangsung dari 23 - 27 Julai 2018 di Pusat Konvensyen Amsterdam RAI, Amsterdam, Belanda.
Persidangan AIDS Antarabangsa yang diadakan dua tahun sekali dianjurkan oleh Persatuan AIDS Antarabangsa. Acara ini merupakan persidangan terbesar dunia mengenai isu kesihatan global. Bertemakan “Breaking Barriers, Building Bridgesâ€, AIDS 2018 dijangka menarik 18,000 peserta. Persidangan ini menyediakan satu platform untuk memajukan pengetahuan mengenai pencegahan HIV serta mempromosikan respon kepada HIV berasaskan hak asasi manusia dan berlandaskan keterangan bukti.
MREPC akan mempamerkan pelbagai jenis kondom buatan Malaysia yang berkualiti tinggi serta keupayaan pengeluar Malaysia dalam menghasilkan kondom yang berlainan tekstur, rasa, warna dan pembungkusan. Datanglah mengunjungi gerai MREPC di nombor 238 untuk mendapatkan kualiti kondom yang terbaik.
02 JUL 2018
MREPC Akan Menyertai Persidangan AIDS Antarabangsa ke-22
Penyertaan Sulung MREPC Dalam MEDITECH 2018
MREPC akan mengambil bahagian dalam Meditech 2018 untuk julung kali. Meditech yang merupakan pameran perdagangan akan berlangsung di Corferias-Centro de Convenciones, Bogota, Colombia dari 3 hingga 6 Julai 2018. Pameran Meditech yang diadakan dua tahun sekali telah memposisikan diri sebagai satu acara perniagaan yang terpenting bagi industri penjagaan kesihatan di Amerika Latin. Acara ini merupakan pameran yang menyeluruh bagi produk dan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan. Pameran ini juga satu landasan yang sesuai untuk membelajar dan membincangkan pengemaskinian dan perubahan sektor penjagaan kesihatan di Colombia serta memperkukuh perhubungan perniagaan dengan pembekal, pengedar dan wakil.
MREPC akan mengambil gerai promosi dalam Meditech dan akan mempamerkan peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia selama 4 hari. Datanglah jumpa kami di Pavilion 18 - 23, gerai 22905A untuk maklumat lanjut!
02 JUL 2018
Penyertaan Sulung MREPC Dalam MEDITECH 2018
Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai dan Pavilion MREPC Untuk 9th IRGCE+IRC 2018
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai taklimat tender reka bentuk dan pembinaan gerai dan pavilion MREPC untuk 9th IRGCE+IRC 2018.
Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-
- Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya telah ditubuhkan untuk tiga tahun.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.
- Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas untuk sekurang-kurangnya 6 projek bagi pameran perdagangan antarabangsa.
- Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.
Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio TERKINI untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Pn Tuty dan Cik Sheen di tuty@mrepc.com dan sheen@mrepc.com sebelum jam 12 tengah hari, 18 Jun 2018 (Isnin).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Pn Tuty/ Cik Sheen di tuty@mrepc.com / sheen@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.
Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:
TARIKH: 22 Jun 2018 (Jumaat)
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT : Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, 50470 KL Sentral, Kuala Lumpur
07 JUN 2018
Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai dan Pavilion MREPC Untuk 9th IRGCE+IRC 2018
Taklimat Tender Pengurusan Acara untuk Majlis Makan Malam Anugerah Industri MREPC 2018
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa syarikat-syarikat pengurusan acara dari Malaysia untuk menyertai taklimat tender bagi majlis makan malam Anugerah Industri MREPC 2018.
Hanya syarikat yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk syarikat adalah seperti berikut:-
- Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat mesti telah ditubuhkan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan acara yang berkaitan.
- Berpengalaman dalam mengendalikan sekurang-kurangnya 6 majlis makan malam dan/atau acara pelancaran produk.
Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil dan portfolio TERKINI syarikat untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Cik Tuty di tuty@mrepc.com sebelum jam 12 tengah hari, 13 Jun 2018 (Rabu).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan syarikat yang memenuhi prasyarat akan dimaklumkan. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Cik Angela di angelachan@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.
Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:
TARIKH: 20 Jun 2018 (Rabu)
MASA : 10.00 pagi
TEMPAT: Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, 50470 KL Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia.
06 JUN 2018
Taklimat Tender Pengurusan Acara untuk Majlis Makan Malam Anugerah Industri MREPC 2018
MREPC Mempromosikan Sarung Tangan Getah di Suzhou dan Chengdu
Sekali lagi MREPC telah menganjurkan satu misi khusus ke China dari 13 - 19 Mei 2018 untuk memanfaatkan potensi besar pasaran bagi sarung tangan getah buatan Malaysia. Misi yang diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC, turut disertai oleh lapan pengeluar produk sarung tangan getah Malaysia iaitu Top Glove, Kossan, WRP, Smart Glove, Adventa Health, Professional Latex, Riverstone dan N.S. Unigloves. Tumpuan misi ini adalah sarung tangan perubatan getah dan sarung tangan bilik bersih di bandar raya Suzhou dan Chengdu.
MREPC telah juga menganjurkan seminar pendidikan di Suzhou dan Chengdu yang menyasarkan kakitangan penjagaan kesihatan dan juga pengimport dan pengedar peralatan perubatan. Seminar pendidikan ini merupakan usaha berterusan MREPC untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sarung tangan perubatan getah dalam persekitaran penjagaan kesihatan untuk mengurangkan jangkitan di hospital. Selain mengutarakan perkembangan terkini dalam industri penjagaan kesihatan, seminar tersebut juga menyediakan platform untuk pakar-pakar industri mewujudkan jalinan dengan delegasi dari Malaysia. Kedua-dua seminar telah dihadiri oleh 120 orang peserta.
Semasa misi tersebut, MREPC juga mengaturkan sesi pemadanan perniagaan bagi syarikat pengeluar Malaysia dengan pembeli berpotensi dari China. Sementara itu, perbincangan meja bulat yang diadakan di kedua-dua bandar raya membolehkan pengeluar Malaysia berinteraksi dengan pengimport dan pengedar serta mengumpul maklum balas tentang perdagangan sarung tangan perubatan getah dan sarung tangan bilik bersih antara Malaysia dan China. Perbincangan tersebut juga telah memberikan maklumat terkini tentang industri penjagaan kesihatan di China. Delegasi juga melawat Haimen Yangzi di Suzhou dan Sichuan Clover Biopharmaceuticals di Chengdu untuk memupuk jalinan perniagaan dan kerjasama.
23 MAY 2018
MREPC Mempromosikan Sarung Tangan Getah di Suzhou dan Chengdu
Misi Khusus ke China Mengenai Sarung Tangan Getah
MREPC akan menganjurkan satu misi khusus mengenai sarung tangan getah ke Suzhou dan Chengdu, China dari 14 hingga 18 Mei 2018. Misi akan diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC. Misi ini termasuk seminar pendidikan – seminar di Suzhou yang bertajuk “The Importance of Using Medical Gloves in Healthcare Setting & Outlook for Medical Gloves in China†dan di Chengdu pula bertajuk “Disease Prevention Control – Selecting the Right Glovesâ€.
Seminar akan disusuli oleh sesi pemadanan perniagaan dengan pengeluar sarung tangan getah perubatan dari Malaysia. Perbincangan meja bulat setengah hari juga akan diadakan dengan pihak berkepentingan sarung tangan getah cleanroom seperti pengimport, pembeli dan pengedar di Suzhou, dan bersama pihak berkepentingan sarung tangan getah perubatan di Chengdu. Objektif perbincangan meja bulat adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pemahaman yang lebih mendalam tentang keadaan pasaran di China.
02 MAY 2018
Misi Khusus ke China Mengenai Sarung Tangan Getah
MREPC Menyertai ISES 2018
MREPC telah mengambil bahagian buat kali pertama dalam International Sustainable Energy Summit 2018 edisi ke-4 dari 10 – 11 di Kuching, Sarawak. Persidangan tahun ini dianjurkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) dan Kementerian Utiliti Sarawak. Acara ini turut dianjurkan bersama oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) dan Kerajaan Negeri Sarawak. Satu pameran mini juga diadakan serentak dengan persidangan dan menarik kira-kira 600 peserta.
ISES merupakan acara yang diadakan setiap dua tahun untuk berkongsi pengetahuan dan menjalin hubungan mengenai tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan permintaan tenaga dalam kalangan pihak yang berkepentingan dari beberapa negara. Selaras dengan tema sidang kemuncak tahun ini – ‘Sustainable Energy: The Future is Here’, kertas kerja yang dibentangkan memberi tumpuan kepada isu-isu hangat seperti meningkatkan penggunaan tenaga lestari; masalah grid dengan penembusan fotovoltaik solar yang tinggi; penyelesaian simpanan tenaga; menangani tenaga elektrik luar bandar; dan membiayai projek tenaga lestari.
Pameran mini menarik penyertaan 47 peserta pameran yang terdiri daripada syarikat dan pihak berkepentingan dari industri tenaga dan institusi kewangan serta agensi kerajaan yang berkaitan. MREPC mengambil kesempatan untuk mempromosikan Industry Linkage Fund yang bertujuan memacu penyelidikan kolaboratif dalam industri produk getah. Sepanjang acara dua hari tersebut, MREPC telah menerima lebih daripada 10 pertanyaan daripada jurutera dan perunding projek.
30 APR 2018
MREPC Menyertai ISES 2018
Penyertaan Sulung MREPC Dalam Persidangan NZSEE 2018
MREPC menyertai persidangan NZSEE 2018 yang dianjurkan oleh New Zealand Society for Earthquake Engineering (NZSEE) dari 13 hingga 15 April 2018 di Auckland, New Zealand. Persidangan NZSEE diadakan setiap tahun dan edisi kali ini menandakan ulang tahun ke-50 persatuan tersebut. Pameran yang diadakan serentak dengan persidangan telah menarik lebih daripada 500 peserta.
NZSEE 2018 menarik penyertaan 16 peserta pameran yang memaparkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kejuruteraan seismik. MREPC mengambil bahagian buat kali pertama bersama dengan Doshin Rubber Products untuk mempromosikan produk getah kejuruteraan seperti galas seismik, fender dok dan sendi pengembangan. Acara tersebut juga menyaksikan MREPC dan Doshin memperkenalkan pengasingan asas (High-Damping Natural Rubber Bearings atau HDNRB) sebagai alternatif kepada galas teras utama dan galas pendulum yang biasa digunakan dalam projek pembinaan di seluruh New Zealand. MREPC menerima 20 pertanyaan daripada jurutera, perunding, penyelidik dan agensi kerajaan, terutamanya mengenai galas getah.
24 APR 2018
Penyertaan Sulung MREPC Dalam Persidangan NZSEE 2018
Satu Lagi Penyertaan Yang Berjaya Dalam CMEF Spring
MREPC baru sahaja mencatatkan satu lagi penyertaan yang berjaya dalam China International Medical Equipment Fair ke-79. Pameran tersebut yang dikenali sebagai CMEF Spring telah berlangsung dari 11 - 14 April 2018 di Shanghai, China.
Pavilion besar Malaysia yang menempatkan MREPC dan 10 pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia telah mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan perubatan dan peralatan perubatan getah yang lain. Pavilion negara telah berjaya menarik banyak pengunjung yang berminat mendapatkan peralatan perubatan getah yang berkualiti tinggi buatan Malaysia.
MREPC menerima banyak pertanyaan perdagangan yang menggalakkan dengan sebahagian besar dari China dan rantau Asia. Sesi padanan perniagaan serentak antara pengeluar dan bakal pembeli telah dijalankan di gerai MREPC sepanjang pameran perdagangan 4-hari tersebut. Maklumat yang berguna berkenaan dengan perkembangan industri penjagaan kesihatan China turut dikumpulkan semasa acara ini.
23 APR 2018
Satu Lagi Penyertaan Yang Berjaya Dalam CMEF Spring
Jemputan ke Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai MREPC untuk Pameran Perdagangan dari Ogos hingga Disember 2018
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai taklimat tender reka bentuk dan pembinaan gerai MREPC bagi pameran perdagangan dari Ogos hingga Disember 2018.
Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai taklimat tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-
- Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya telah ditubuhkan untuk tiga tahun.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.
- Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas untuk sekurang-kurangnya 6 projek bagi pameran perdagangan antarabangsa.
- Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.
Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio TERKINI untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Pn Tuty di tuty@mrepc.com sebelum jam 12 tengah hari, 30 April 2018 (Isnin).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Syarikat yang terpilih dikehendaki untuk mengesahkan kehadiran mereka ke taklimat tender terlebih dahulu dengan Pn Tuty di tuty@mrepc.com. Syarikat yang gagal menghantar wakil mereka ke taklimat tersebut akan dikecualikan daripada proses tender.
Butiran taklimat tender adalah seperti berikut:
TARIKH: 4 Mei 2018 (Jumaat)
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT : Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC), Unit No 36-02, Level 36, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, 50470 KL Sentral, Kuala Lumpur
20 APR 2018
Jemputan ke Taklimat Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Gerai MREPC untuk Pameran Perdagangan dari Ogos hingga Disember 2018
MREPC Menyertai Persidangan Rantaian Bekalan Kebangsaan Projek Kereta Api 2018
MREPC bersama dua pengilang produk getah kereta api iaitu Kumpulan Jebco (M) Sdn Bhd dan Hubner Malaysia Sdn Bhd telah menyertai Persidangan Rantaian Bekalan Kebangsaan Projek Kereta Api pada 11 – 12 April 2018 di Kuala Lumpu. Tujuan penyertaan adalah bagi meningkatkan kesedaran serta mempromosikan produk getah kereta api buatan Malaysia yang berkualiti tinggi. Gerai pameran MREPC di Dewan 3, Tingkat 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menarik banyak pengunjung. Terdapat 17 peserta pameran penting yang terlibat dalam pembangunan projek kereta api di Malaysia telah menyetai pameran tersebut. Ini termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan Malaysian Rail Industry Corporation (MARIC).
Satu persidangan mengenai projek kereta api juga telah dijalankan serentak dengan pameran dan telah menarik lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada pemain industri serta pihak berkuasa tempatan, dewan perniagaan, dan kedutaan. Persidangan tersebut telah menonjolkan pengucap dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp.). Persidangan Rantaian Bekalan Kebangsaan Projek Kereta Api 2018 merupakan perhimpunan pertama yang melibatkan kesemua pemilik projek kereta api serta ahli industri berkaitan kereta api di Malaysia yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
17 APR 2018
MREPC Menyertai Persidangan Rantaian Bekalan Kebangsaan Projek Kereta Api 2018
Penyertaan MREPC Dalam New Zealand Society for Earthquake Engineering (NZSEE) Annual Technical Conference 2018
MREPC akan menyertai New Zealand Society for Earthquake Engineering (NZSEE) Annual Technical Conference 2018 yang akan diadakan di Skycity Auckland Convention Centre, Auckland, New Zealand dari 13 - 15 April 2018.
Persidangan ini menandakan ulang tahun ke-50 NZSEE. Dengan tema “From Inangahua to Kaikoura and Beyond,†persidangan akan meninjau pencapaian dalam kejuruteraan gempa bumi pada 50 tahun yang lalu serta membincang masa hadapan kejuruteraan gempa bumi pada 50 tahun akan datang. Program akan merangkumi kajian kes, penggunaan baru muncul dan inovatif teknologi baharu, perkembangan penyelidikan dalam kejuruteraan gempa bumi, kemajuan terkini dalam reka bentuk geoteknik dan perkembangan baru muncul dalam daya tahan dan reka bentuk kerosakan rendah.
Doshin Rubber Products akan mengambil bahagian di bawah gerai MREPC untuk mempromosikan produk kejuruteraan getah buatan Malaysia, termasuk galas getah redaman tinggi, galas jambatan, sendi pengembangan dan fender dok. Datanglah melawat kami di Gerai 23 & 24 untuk mendapatkan produk kejuruteraan getah yang berkualiti tinggi.
10 APR 2018
Penyertaan MREPC Dalam New Zealand Society for Earthquake Engineering (NZSEE) Annual Technical Conference 2018
MREPC Akan Menyertai CMEF Spring 2018
MREPC bersama 10 pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia akan menyertai China International Medical Equipment Fair ke-79 dari 11 – 14 April 2018, di National Exhibition and Convention Centre (NECC), Shanghai, China.
CMEF merupakan pameran perdagangan terbesar di rantau Asia-Pacifik untuk peralatan perubatan serta produk dan perkhidmatan yang berkaitan. Pameran perdagangan ini besar meliputi 15,000 produk seperti pengimejan perubatan, peralatan IVD dan reagen, elektronik perubatan, optik perubatan, pertolongan cemas, peranti pemulihan, kejururawatan, teleperubatan, peranti boleh pakai dan perkhidmatan penyumberan luar. CMEF menyediakan perkhidmatan untuk keseluruhan rantaian nilai peralatan perubatan bermula daripada pengilang produk hingga kepada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengguna akhir.
Pavilion MREPC akan mempamerkan pelbagai peralatan perubatan buatan getah yang inovatif, unik dan berkualiti tinggi dalam pameran tersebut. Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan 5.1, Gerai E11 dalam CMEF Spring 2018 untuk mendapatkan peralatan perubatan getah yang bermutu dari Malaysia.
09 APR 2018
MREPC Akan Menyertai CMEF Spring 2018
Persidangan Rantaian Bekalan Kebangsaan Projek Kereta Api dan Pameran Kerjaya 2018
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) akan menyertai Persidangan Rantaian Bekalan Kebangsaan Projek Kereta Api & Pameran Kerjaya 2018, iaitu satu acara yang signifikan bagi industri kereta api di Malaysia. Acara ini merupakan perhimpunan pertama yang melibatkan kesemua pemilik projek kereta api serta ahli industri berkaitan kereta api di Malaysia yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Persidangan Rantaian Bekalan & Pameran Kerjaya akan diadakan pada 11 - 12 April 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Bertemakan “Mengembangkan Perniagaan… Mewujudkan Pekerjaanâ€, acara ini akan menampilkan tokoh korporat dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSRCorp). Dengan objektif untuk meningkatkan kandungan tempatan dalam projek kereta api, persidangan ini akan mempamerkan peluang untuk pemain tempatan menjadi sebahagian rantaian bekalan projek kereta api di negara. Pameran kerjaya juga akan diadakan serentak dengan persidangan.
Marilah mengunjungi gerai MREPC di Dewan Pameran 3, Tingkat 3, PWTC untuk mendapatkan produk getah berkualiti tinggi untuk sektor kereta api.
09 APR 2018
Persidangan Rantaian Bekalan Kebangsaan Projek Kereta Api dan Pameran Kerjaya 2018
Penyertaan Yang Menggalakkan Dalam Seminar Pendidikan MREPC di Ho Chi Minh City dan Yangon
MREPC telah berjaya menganjurkan satu misi khas sarung tangan getah perubatan ke Vietnam dan Myanmar dari 25 - 31 March 2018. Misi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Low Yoke Kiew, dan merangkumi dua pasaran penting di rantau ASEAN, iaitu Ho Chi Minh City, Vietnam dan Yangon, Myanmar.
Seminar bertajuk Mengurus Kawalan Jangkitan - Memilih Sarung Tangan Yang Betul di kedua-dua lokasi telah menarik penyertaan yang menggalakkan dengan sejumlah 240 jururawat, pekerja penjagaan kesihatan, pengimport, dan pengedar. Seminar di Ho Chi Minh City telah dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Ho Chi Minh City dan Persatuan Kawalan Jangkitan. Seminar di Yangon pula dianjurkan bersama Persatuan Jururawat dan Bidan Myanmar. Seminar pendidikan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MREPC untuk mendekati kakitangan penjagaan kesihatan di rantau ini. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan mempromosikan penggunaan sarung tangan getah perubatan dengan betul bagi mengurangkan jangkitan.
Semasa misi tersebut, perbincangan meja bulat juga diadakan bersama pengimport dan pengedar peralatan perubatan getah di Ho Chi Minh City dan Yangon. Diskusi interaktif ini memberikan maklum balas yang berguna tentang perdagangan alatan perubatan getah antara Malaysia dan Vietnam/Myanmar serta perkembangan terkini tentang industri penjagaan perubatan di setiap negara tersebut.
Delegasi juga melawat Hoan My Medical Corporation dan FV Hospital di Ho Chi Minh City dan Pun Hlaing Siloam Hospital di Yangon dengan tujuan untuk menjalinkan hubungan serta mempelajari perkembangan terkini dalam sektor penjagaan kesihatan di Vietnam dan Myanmar.
03 APR 2018
Penyertaan Yang Menggalakkan Dalam Seminar Pendidikan MREPC di Ho Chi Minh City dan Yangon
Medical Fair India 2018
MREPC mencapai penyertaan yang berjaya dalam Medical Fair India 2018 yang berlangsung di Mumbai, India dari 16 – 18 March 2018. Pavilion MREPC mempunyai empat pengilang dari Malaysia yang mempamerkan pelbagai jenis sarung getah perubatan sepanjang acara 3 hari tersebut.
Reka bentuk Pavilion MREPC yang menonjol telah menarik ramai pengunjung tempatan dengan sebahagian besar pertanyaan mengenai sarung tangan perubatan. Beberapa sesi padanan perniagaan turut berjaya diselaraskan antara bakal pembeli dan pengilang Malaysia yang melaporkan jumlah jualan yang menggalakkan.
Bersempena dengan pameran tersebut, dua persidangan tentang Prasarana Penjagaan Kesihatan, IT, Operasi & Pengurusan telah dianjurkan oleh Vice of Healthcare (VOH). Acara tersebut juga menyediakan platform untuk industri penjagaan kesihatan mengetahui trend pasaran India dan meneroka cara inovatif untuk memasarkan produk penjagaan kesihatan. Persidangan juga menyaksikan wakil MREPC India, Encik Samir Shah, membuat pembentangan bertajuk "Know Your Medical Gloves".
02 APR 2018
Medical Fair India 2018
Penyertaan Julung Kali MREPC Dalam Central & Western China Medical Equipment Exhibition 2018
MREPC buat kali pertama menyertai Central & Western China Medical Equipment Exhibition 2018 di Zhengzhou, Henan Province, dari 16 - 18 Mac 2018. Gerai promosi MREPC terletak di Dewan 1B #F18, Zhengzhou International Convention & Exhibition Centre. Acara 3 hari tersebut telah menarik lebih daripada 800 peserta pameran dan 40,000 pengunjung.
Berdasarkan pertanyaan yang telah diterima oleh MREPC, didapati kebanyakan pembeli belum pernah membeli peralatan perubatan getah daripada pengeluar Malaysia. Kebanyakan pertanyaan adalah mengenai sarung tangan pemeriksaan, diikuti oleh sarung tangan pembedahan, sarung tangan nitril, kondom dan beg pernafasan. Para pembeli terdiri daripada pengedar, pengimport dan ejen dengan kebanyakannya dari Zhengzhou.
26 MAR 2018
Penyertaan Julung Kali MREPC Dalam Central & Western China Medical Equipment Exhibition 2018
Penyertaan Julung Kali MREPC Dalam Ecobuild SEA 2018
MREPC akan menyertai pameran Ecobuild Southeast Asia (SEA) 2018 buat pertama kali. Ecobuild SEA 2018 edisi ke-6 akan diadakan dari 27 hingga 29 Mac 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Pusat IBS CIDB. Ecobuild SEA dianjurkan oleh UBM Malaysia dan dihoskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersempena International Construction Week (ICW) 2018. Edisi ICW ke-18, yang diadakan bersama Greenbuild Asia, Ecolight Asean, Construction Showcase, Malaysia IBS International Exhibition (MIIE) dan Construction Career Fair, merupakan pameran perdagangan terbesar untuk industri pembinaan di rantau ASEAN. Acara tersebut akan menyediakan platform yang baik untuk pemain industri pembinaan dari rantau ini mempamerkan produk dan perkhidmatan yang inovatif serta menjalin perkongsian perniagaan. Ecobuild 2018 dijangka menarik kira-kira 150 peserta pameran dari lebih daripada 10 buah negara, termasuk Malaysia, China, New Zealand, United Kingdom, Korea, Greece, Singapura dan Vietnam serta lebih daripada 15,000 pengunjung.
MREPC bersama dengan Lembaga Getah Malaysia akan menyertai acara 3 hari tersebut di KLCC untuk mempamerkan pelbagai produk getah bagi sektor pembinaan dan infrastruktur seperti galas getah, sendi pengembangan, pad getah, dok fender dan jalan raya getah. Kunjungilah kami di Dewan 1 & 2, Gerai No. B056 untuk maklumat lanjut!
20 MAR 2018
Penyertaan Julung Kali MREPC Dalam Ecobuild SEA 2018
Penyertaan Pertama MREPC Dalam Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan Shenyang (Musim Bunga) 2018
MREPC akan menyertai Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan Shenyang (Musim Bunga) 2018 buat julung kali. Pameran ini yang dianjurkan oleh Liaoning Shen Gang Exhibition akan berlangsung dari 28 – 30 Mac 2018 di Shenyang International Exhibition Centre, Bandar Shenyang, Wilayah Liaoning, P.R. China. Acara tahun ini mempunyai 1,000 peserta pameran dan dijangka menarik lebih daripada 20,000 pengunjung dari Shenyang dan kawasan sekitarnya.
Kunjungilah Gerai T51-1 MREPC di Dewan E3 untuk mendapatkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
16 MAR 2018
Penyertaan Pertama MREPC Dalam Pameran Antarabangsa Peralatan Perubatan Shenyang (Musim Bunga) 2018
Seminar Pendidikan Sarung Tangan Perubatan di Vietnam dan Myanmar
Sejak beberapa tahun, MREPC telah menganjurkan seminar pendidikan di beberapa negara untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik pekerja penjagaan kesihatan tentang penggunaan sarung tangan perubatan untuk mengawal penyebaran penyakit berjangkit. Tahun ini, MREPC akan menganjurkan seminar bertajuk “Managing Infection Control – Selecting the Right Gloves†di Vietnam dan Myanmar. Seminar ini merupakan sebahagian daripada program misi khusus MREPC ke Ho Chi Minh City, Nay Pyi Taw dan Yangon dari 25 - 31 Mac 2018.
Misi ini akan diketuai oleh Puan Low Yoke Kiew, Ketua Pegawai Eksekutif MREPC. Seminar di Ho Chi Minh City dan Yangon akan disusuli dengan sesi pemadanan perniagaan bersama pengeluar dari Malaysia.
Semasa misi tersebut, lawatan kerja ke organisasi yang berkaitan juga akan dianjurkan untuk menjalin hubungan dengan ahli industri serta mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang keadaan pasaran di Vietnam dan Myanmar.
12 MAR 2018
Seminar Pendidikan Sarung Tangan Perubatan di Vietnam dan Myanmar
Medical Fair India 2018
MREPC akan menyertai pameran Medical Fair India 2018 yang ke-24 di Mumbai, India dari 16 - 18 March 2018 bersama empat pengeluar produk perubatan buatan getah dari Malaysia. Medical Fair India yang merupakan pameran perdagangan terulung untuk hospital, pusat kesihatan dan klinik India, merupakan pameran tahunan perubatan dan penjagaan kesihatan yang diadakan berselang-seli di Mumbai dan New Delhi.
Pameran tersebut menyediakan platform yang sesuai untuk menembusi pasaran India. Acara ini mempamerkan peranti dan teknologi perubatan serta peralatan dan kelengkapan hospital yang terkini, dan juga pelbagai jenis perkhidmatan dan produk berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Sesi persidangan bertajuk "Masa Depan untuk Kesihatan" yang memberi tumpuan kepada pendigitan dalam bidang perubatan, aplikasi mudah alih dan aplikasi perubatan turut diadakan sempena pameran ini.
Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan 1, Gerai 1G48 bertempat di Bombay Convention & Exhibition Centre, Mumbai, India untuk mendapatkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.
12 MAR 2018
Medical Fair India 2018
Penyertaan MREPC dalam Central and Western China Medical Equipment Exhibition (CWMEE) 2018
MREPC akan mengambil satu gerai promosi buat kali pertama dalam Central and Western China Medical Equipment Exhibition 2018 dari 16 - 18 Mac 2018. Pameran ini akan diadakan di Zhengzhou International Convention & Exhibition Centre, Henan. Gerai MREPC akan mempamerkan alat perubatan buatan Malaysia yang berkualiti tinggi seperti sarung tangan, kateter, kondom, beg pernafasan dan penutup probe.
Pameran ini dianjurkan oleh Tarsus Hope Exhibition Co. Ltd yang merupakan penganjur terbesar untuk pameran perubatan di rantau barat tengah China. Ruang pameran dewan yang telah diperluaskan kepada 50,000 meter persegi dijangka akan menarik lebih daripada 40,000 pengunjung.
Kunjungilah gerai MREPC di Dewan 1B.F18.
05 MAR 2018
Penyertaan MREPC dalam Central and Western China Medical Equipment Exhibition (CWMEE) 2018
Penyertaan Debut MREPC Dalam Medical Japan 2018
MREPC menyertai Medical Japan 2018 buat kali pertama dengan mengambil satu gerai promosi. Acara tersebut yang diadakan di INTEX Osaka, Jepun dari 21 - 23 Februari 2018 mengandungi enam pameran khusus, iaitu hospital; perubatan IT; penjagaan warga tua; peralatan perubatan; ubat regeneratif; serta penyelidikan & pembangunan (R&D) dan pembuatan farmaseutikal. Terdapat 4 syarikat sarung tangan getah Malaysia yang menyertai sendiri acara tersebut, iaitu YTY Group, Central Medicare, Meditech Gloves and Nitritex. Acara ini menarik sejumlah 1,206 peserta pameran serta lebih daripada 30,000 pelawat.
Kebanyakan pertanyaan yang diterima oleh MREPC adalah mengenai sarung tangan, diikuti oleh tiub perubatan, kateter getah, penutup probe dan sarung jari. Lebih 95% pelawat ke gerai MREPC merupakan pembeli iaitu pedagang, pengimport dan pengedar, dengan lebih 70% dari Jepun.
Penasihat teknikal MREPC iaitu Dr Eng Aik Hwee telah membentangkan kertas bertajuk "Peranan Sarung Tangan Perubatan Dalam Kawalan Infeksi" dalam seminar yang dianjurkan selari dengan pameran. Kertas Dr Eng mengutarakan fungsi, sifat dan standard sarung tangan perubatan.
01 MAR 2018
Penyertaan Debut MREPC Dalam Medical Japan 2018
Seminar Mengenai Penyelesaian Automasi dan Perkilangan Pintar untuk Industri Produk Getah
MREPC bekerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan & Sains Lee Kong Chian, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Persatuan Teknologi Automasi Malaysia (MATA) untuk menganjurkan seminar mengenai penyelesaian automasi dan perkilangan pintar bagi industri produk getah. Seminar ini bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan dan pemahaman tentang automasi dalam Industri 4.0, termasuk asas penyelesaian automasi, teknologi dan perkilangan pintar, kecerdasan buatan dan aplikasi pelbagai disiplin dalam industri produk getah. Sebanyak 41 peserta dari industri produk getah menghadiri seminar tersebut dan mempelajari unsur-unsur dan komponen penyelesaian automasi dan teknologi serta aplikasinya dalam Industri 4.0. Seminar ini juga membentangkan pelbagai kajian mengenai automasi, impaknya terhadap operasi pembuatan semasa dan langkah ke arah automasi maju dan pintar bagi industri getah Malaysia. Secara keseluruhannya, seminar tersebut menandakan satu lagi usaha berterusan MREPC untuk menyediakan pengetahuan dan maklumat yang relevan dan terkini untuk industri produk getah.
27 FEB 2018
Seminar Mengenai Penyelesaian Automasi dan Perkilangan Pintar untuk Industri Produk Getah
Pavilion MREPC dalam Arab Health 2018
MREPC bersama 11 pengeluar peralatan perubatan buatan getah Malaysia telah menyertai Arab Health 2018 untuk mempamer dan mempromosi peralatan perubatan buatan getah Malaysia yang bermutu tinggi. Pavilion MREPC yang merangkumi 105 meter persegi di lokasi baharu dalam Dewan Za'abeel 4 telah berjaya menarik banyak pelawat.
Arab Health merupakan perhimpunan profesional penjagaan kesihatan dan perdagangan terbesar di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Edisi Arab Health yang ke-43 telah diadakan dari 29 Januari - 1 Februari 2018 di Dubai, United Arab Emirates. Satu ciri baharu iaitu Zon Teknologi Penjagaan Kesihatan Peribadi telah diperkenalkan untuk memaparkan perkembangan terkini dalam Teknologi Penjagaan Kesihatan 'Pintar' serta meningkatkan pengalaman para pelawat.
MREPC telah mewujudkan satu bahagian paparan di bawah tema "Innovation: Making a Difference" untuk mempamerkan pelbagai produk getah yang inovatif dan unik dari Malaysia, termasuk sarung tangan perubatan teknlogi yang khusus dan dipatenkan, kateter getah yang khas diubahsuai, ultrasound probe covers, cast & bandage covers, saluran udara nasopharyngeal dan flossbands yang baru dicipta. Bahagian yang memaparkan produk-produk yang inovatif dan unik tersebut telah mendapat banyak pertanyaan dari negara Timur Tengah, Asia Selatan dan Afrika. Kesemua syarikat peserta negara menyatakan mereka berpuas hati dengan Arab Health 2018 dan menanti-nantikan edisi yang akan datang pada 2019.
13 FEB 2018
Pavilion MREPC dalam Arab Health 2018
MREPC Menyertai Simposium Julung Infrastruktur dan Kejuruteraan Keretapi
Simposium julung Infrastruktur dan Kejuruteraan Keretapi telah dianjurkan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada 24 Januari 2018, di Dewan Serbaguna, Kampus UTAR Sg Long. Simposium ini diadakan bersempena pelancaran pusat penyelidikan baharu iaitu UTAR Centre for Railway Infrastructure and Engineering (CRIE), bersama ahli pengasas awal dari Southwest Jiaotong University, Serba Dinamik Sdn Bhd dan Doshin Rubber Products (M) Sdn Bhd.
Acara sehari ini bertujuan untuk membawa bersama para pengamal dari industri keretapi, pemilik, pengendali, penyelidik dan akademia untuk berkongsi dan mempromosikan aktiviti penyelidikan bagi menyokong inisiatif baharu memperluaskan rangkaian rel di Malaysia dan inisiatif One Belt One Road China di rantau ini. Acara ini telah menarik kira-kira 130 peserta.
Dalam acara tersebut, MREPC telah mempamerkan produk getah kejuruteraan buatan Malaysia untuk infrastruktur dan kejuruteraan keretapi seperti pad rel, galas getah seismik, dan sambungan pengembangan. Wakil Lembaga Getah Malaysia (LGM) juga menyertai gerai MREPC untuk mempromosikan teknologi berkaitan galas getah dan jalan getah.
06 FEB 2018
MREPC Menyertai Simposium Julung Infrastruktur dan Kejuruteraan Keretapi
Penyertaan Julung Kali dalam Medical Japan 2018
MREPC akan mengambil bahagian dalam Medical Japan 2018 buat kali pertama. Medical Japan yang merupakan pameran perniagaan-ke-perniagaan tahunan akan diadakan di INTEX Osaka dari 21 hingga 23 Februari 2018. Medical Japan, yang terdiri daripada 7 pertunjukan khusus, merupakan pameran perdagangan terbesar di Jepun merangkumi pelbagai produk, perkhidmatan dan teknologi untuk penjagaan kesihatan, ujian klinikal, diagnostik dan perubatan. Pameran ini disokong oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan. Berlandaskan sambutan hebat pada tahun 2017, Medical Japan 2018 dijangka menarik lebih daripada 40,000 pakar penjagaan perubatan dan warga tua.
MREPC akan mengadakan gerai promosi dalam Ekspo [Hospital + Inovasi] yang merupakan salah satu daripada 7 pertunjukan khusus di mana peserta pameran akan menunjukkan pelbagai peranti perubatan, produk IVD, kawalan jangkitan dan bekalan perubatan. MREPC akan mempamerkan peranti perubatan getah buatan Malaysia yang berkualiti tinggi sepanjang acara 3-hari tersebut. Datanglah mengunjungi kami di Dewan 4, Gerai No. 25-36 untuk maklumat lanjut!
18 JAN 2018
Penyertaan Julung Kali dalam Medical Japan 2018
MREPC Menyertai Arab Health 2018
MREPC akan menganjurkan pavilion besar yang pertama untuk tahun ini dalam Arab Health 2018 di Dubai, United Arab Emirates dari 29 Januari hingga 1 Februari 2018. Sebanyak 11 pengeluar sarung tangan perubatan, kondom, kateter getah dan peralatan perubatan getah yang lain dari Malaysia akan menyertai Pavilion MREPC. Tahun ini, Pavilion MREPC akan bertempat di lokasi baharu iaitu Dewan Za'abeel 4.
Arab Health merupakan perhimpunan tahunan profesional kesihatan dan perdagangan terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Acara ini berfungsi sebagai platform yang ideal untuk mendapatkan teknologi canggih dan perkembangan terbaharu dalam produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta menyediakan peluang untuk berhubung dengan pembuat keputusan. Pameran kali ini dijangka menarik lebih daripada 4,200 syarikat dan 103,000 pengunjung dari lebih daripada 150 negara.
Bertema “Innovation: Making A Differenceâ€, MREPC akan mempamerkan pelbagai produk getah yang inovatif dan unik dari Malaysia. Datanglah mengunjungi Pavilion MREPC di Dewan Za'abeel 4, Gerai Z4.E01 untuk mendapatkan peralatan perubatan buatan getah yang berkualiti tinggi dari Malaysia.