MEDIA
SIARAN
BERITA
Jemputan untuk Melawat MREPC Pavilion di Shanghai Automechanika 2014
MREPC bersama dengan tujuh pengeluar produk automotif berasaskan getah Malaysia akan menyertai Automechanika Shanghai, pameran tahunan perdagangan antarabangsa kedua terbesar di dunia bagi produk automotif, aksesori, peralatan dan perkhidmatan. Pameran ini merupakan platform yang terbaik untuk menceburi pasaran China dan luar negara. Pameran 2014 ini akan diadakan dari 9-12 Disember 2014 di Shanghai, China dan dijangka akan menarik 4,800 peserta pameran dan 86,000 pembeli antarabangsa.
Sebelum pameran, MREPC akan juga menganjurkan lawatan kerja ke Oriental Auto Parts City (OAPC), bandar automotif yang pertama dan terbesar di Shanghai. OAPC pada masa ini mempunyai kira-kira 700 pengimport, syarikat gudang, pengedar dan peruncit komponen automotif.
Sempena Automechanika Shanghai 2014, MREPC akan menganjurkan seminar bertajuk “Malaysia: Your Gateway to Sourcing Centre of Rubber Automotive Components and Parts†di Shanghai New International Expo Centre (SNEC) pada 9 Disember 2014 di Bilik Mesyuarat M2, Dewan W2 .
Anda dijemput menyertai seminar MREPC dan melawat Pavilion MREPC di Dewan W2, gerai W2B17 di Automechanika Shanghai 2014!
08 DEC 2014
Jemputan untuk Melawat MREPC Pavilion di Shanghai Automechanika 2014
MREPC di MEDICA, Dusseldorf, Jerman, 12-15 November 2014
MREPC telah menyertai Pameran MEDICA, yang diadakan di Dusseldorf, Jerman dari 12 hingga 15 November 2014. MEDICA adalah pameran perubatan terbesar di dunia dengan lebih dari 4,830 peserta pameran. Tahun ini, Pameran terunggul ini yang mengetengahkan kemajuan dan teknologi baru bagi rawatan pesakit di seluruh dunia berjaya menarik 130,000 pengunjung.
Gerai promosi MREPC yang terletak di Dewan 7 menerima pelawat terutamanya dari Itali, United Kingdom, Jerman, India dan Iran yang berminat dengan sarung tangan perubatan berasaskan getah, kondom dan kateter.
Hampir semua pengeluar produk perubatan berasaskan getah dari Malaysia turut menyertai MEDICA. Pelbagai produk di promosikan, antaranya sarung tangan perubatan, sarung tangan pembedahan, sarung tangan “cleanroomâ€, sarung tangan “high riskâ€, sarung tangan ginekologi, “dental damâ€, kondom dan juga kateter.
08 DEC 2014
MREPC di MEDICA, Dusseldorf, Jerman, 12-15 November 2014
Syarikat-syarikat produk getah Malaysia menyertai AAPEX bersama MREPC
Lapan syarikat produk automotif berasaskan getah Malaysia telah menyertai pameran AAPEX baru-baru ini bersama MREPC. AAPEX adalah pameran tahunan terbesar bagi industri produk gantian automotif yang diadakan dari 4 – 6 November 2014 di Las Vegas, Amerika Syarikat. Tahun ini menyaksikan pameran AAPEX berjaya mendapatkan penyertaan lebih daripada 5,000 pempamer dan menerima kunjungan melebihi 130,000 orang.
Syarikat-syarikat Malaysia telah menggunakan penyertaan ini untuk mempromosikan komponen automotif berasaskan getah serta sarung tangan industri berasaskan getah semasa pameran tersebut.
27 NOV 2014
Syarikat-syarikat produk getah Malaysia menyertai AAPEX bersama MREPC
Lawatan Kerja Produk Getah Automotif ke Amerika Syarikat
MREPC and enam syarikat produk getah automotif Malaysia telah menyertai lawatan kerja ke Portland, Oregon dan Greenville, South Carolina dari 7 – 11 November 2014. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk mengenal pasti peluang-peluang perniagaan serta mengembangkan lagi pasaran komponen automotif berasaskan getah Malaysia di Amerika Syarikat.
Para delegasi telah mengadakan perjumpaan dengan tujuh buah organisasi, termasuk Performance Warehouse, Northwest Automotive Trades Association, dan BMW serta mengunjungi lima buah kedai runcit automotif, contohnya Baxter Auto Parts, Autozone dan NAPA.
27 NOV 2014
Lawatan Kerja Produk Getah Automotif ke Amerika Syarikat
MREPC beraksi di Hospital Expo ke-27, Jakarta, Indonesia (15-18 Oktober 2014)
MREPC telah menyertai Hospital Expo ke-27 Jakarta bersama dengan empat pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia, iaitu A1 Glove Sdn Bhd, Adventa Health Sdn Bhd, Kossan Latex Industries (M) Sdn Bhd and Titi Glove Sdn Bhd. Pavilion MREPC, yang berwarna hijau dan kuning canary, dimana bertempat delegasi produk getah Malaysia, merupakan salah satu pavilion yang menonjol di pameran tersebut dan berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.
Pameran tersebut berlangsung dari 15 hingga 18 Oktober 2014 di Jakarta Cinvention Center, Jakarta, Indonesia. Hospital Expo ke-27 merupakan penggabungan tiga acara utama, termasuk Seminar Tahunan ke-13 Persatuan Hospital Indonesia (IHA), Seminar Tahunan ke-8 untuk Patient Safety, dan Pameran Hospital, Medical, Pharmaceutical, Clinical, Laboratory Equipment & Medicine Antarabangsa Indonesia ke-27. Pameran tersebut, dengan 475 peserta, yang mempamerkan pelbagai jenis peralatan perubatan dan teknologi yang terkini, berjaya menarik lebih daripada 37,000 pengunjung
10 NOV 2014
MREPC beraksi di Hospital Expo ke-27, Jakarta, Indonesia (15-18 Oktober 2014)
INTRADE 2014 - Tarikan Gaya Hidup dan Fesyen
MREPC telah mengambil bahagian di INTRADE 2014 dari 20 – 22 Oktober 2014 dengan tujuan mempromosikan pelbagai produk rumah tangga berasakan getah. Tahun ini, INTRADE 2014 yang diadakan di Menara MATRADE, Kuala Lumpur, telah menarik 413 peserta pameran dari 28 negara.
MREPC mempamerkan pelbagai produk getah termasuk produk rumah tangga, produk bayi, peralatan perubatan getah, sarung tangan getah, barangan sukan getah dan benang getah. MREPC telah juga mengambil bahagian dalam Misi Belian Masuk, satu acara serentak yang dianjurkan oleh MATRADE dengan tujuan meningkatkan jaringan perniagaan dan meneroka peluang perniagaan dengan pembeli antarabangsa.
10 NOV 2014
INTRADE 2014 - Tarikan Gaya Hidup dan Fesyen
South African Automotive Week, Johannesburg, Afrika Selatan, (14 -16 Oktober 2014)
Buat julung kalinya MREPC telah menyertai South African Automotive Week (SAAW) di Johannesburg, Afrika Selatan. Penyertaan ini adalah bertujuan mempromosi komponen automotif berasaskan getah buatan Malaysia di Afrika Selatan dan wilayah sekitarnya. SAAW telah diadakan pada 14 hingga 16 Oktober 2014 bertempat di Gallagher Convention Centre, Midrand. Pameran tersebut telah menarik penyertaan seramai 350 peserta pameran dari 12 negara serta dianggarkan seramai 7,000 pelawat telah melawat pameran tersebut. Pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan automotif, termasuk komponen automotif asli serta alat ganti (OEM dan REM), perkakasan perkilangan, kelengkapan dan sistem serta perkhidmatan lain yang berkaitan dipromosi di pameran tersebut.
MREPC juga telah menganjurkan taklimat ringkas bertajuk “Sourcing Rubber Automotive Components from Malaysia†untuk pengimport dan pengedar komponen automotif berasaskan getah di Afrika Selatan.
Para pegawai MREPC berpeluang melawat Partquip, syarikat pengedar komponen automotif di Afrika Selatan serta melawat “automotive park†di Afrika Selatan.
30 OCT 2014
South African Automotive Week, Johannesburg, Afrika Selatan, (14 -16 Oktober 2014)
Misi Khas ke Turki untuk Galas Struktur Getah, 12 - 16 Oktober 2014
MREPC telah menganjurkan misi khas ke Turki untuk “Engineered Rubber Products†dari 12 - 16 Oktober 2014. Dua pengilang produk getah Malaysia iaitu Doshin Rubber Product Sdn Bhd dan Min Industries Sdn Bhd telah menyertai program ini.
Delegasi misi diketuai oleh Dr Abdul Kadir Mohamed, Penasihat Teknikal dan Korporat, MREPC. Program misi terdiri daripada seminar, lawatan dan mesyuarat padanan perniagaan dengan syarikat Turki yang terlibat dalam sektor pembinaan, pembangunan dan infrastruktur.
Seminar betajuk “High Damping Rubber Bearings – Protecting Lives and Properties from Earthquakes†diadakan di Park Bosphorus Hotel Istanbul pada 14 Oktober 2014. Empat penceramah, dari Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), UK, Numeria Engineering s.r.l, Italy, Ulus Yapi Group, Turkey and Doshin Rubber, Malaysia, menyampaikan pembentangan dalam seminar tersebut. Peserta seminar terdiri daripada golongan jurutera struktur, perancang bangunan dan pemaju dari sektor pembangunan, pembinaan jambatan dan infrastruktur.
Bersempena dengan seminar, 12 perjumpaan padanan perniagaan telah dianjurkan untuk memperkenalkan pengilang Malaysia kepada syarikat-syarikat Turki yang berminat dengan galas struktur dan lain produk-produk pembinaan berasaskan getah.
MREPC juga telah mengaturkan lawatan kerja ke syarikat-syarikat Turki yang terlibat dalam reka-bentuk dan pembinaan hospital, jambatan, loji kuasa, bangunan kediaman dan komersial di Turki. Syarikat-syarikat tersebut telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan pengilang Malaysia untuk memperkenalkan sistem galas getah dalam projek-projek mereka.
21 OCT 2014
Misi Khas ke Turki untuk Galas Struktur Getah, 12 - 16 Oktober 2014
MREPC dan pengilang produk getah automotif di AAPEX 2014
MREPC akan menyertai pameran Automotive Aftremarket Products Expo (AAPEX) yang akan diadakan di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, dari 4 – 6 November 2014. Sejumlah lapan pengilang produk getah automotif dari Malaysia dijadual menyertai pameran ini yang terunggul bagi produk-produk automotif di Amerika Syarikat.
Kunjungilah Pavilion MREPC di gerai # 41001 untuk meneroka peluang perniagaan dengan pengilang-pengilang Malaysia yang menawarkan pelbagai produk automotif getah yang berkualiti .
20 OCT 2014
MREPC dan pengilang produk getah automotif di AAPEX 2014
MREPC di INTRADE 2014, 20 - 22 Oktober 2014
MREPC akan menyertai INTRADE 2014, edisi ke 8 pameran perdagangan yang terbesar di Malaysia, dengan mengadakan gerai promosi. Perdagangan Antarabangsa Malaysia (INTRADE) adalah pameran perdagangan dan eksport antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk meningkatkan jaringan perniagaan, pemadanan perniagaan, pertukaran pendapat dan pengetahuan di kalangan komuniti perniagaan antarabangsa, terutamanya bagi syarikat-syarikat yang ingin menceburi pasaran antarabangsa. Pameran ini akan memberi tumpuan kepada sektor gaya hidup yang menarik dan akan melancarkan segmen baru yang dikenali FACIT@INTRADE, sebahagian daripada Minggu Fesyen Malaysia.
Kunjungilah MREPC di Dewan B, gerai B165 & B166, di Menara MATRADE, Kuala Lumpur untuk lebih mengenali pelbagai produk getah yang berkualiti, terutamanya untuk kegunaan rumah.
13 OCT 2014
MREPC di INTRADE 2014, 20 - 22 Oktober 2014
MREPC di Automechanika FRANKFURT 2014
MREPC telah mengambil bahagian di Automechanika Frankfurt, Jerman bersama lima pengeluar komponen automotif berasaskan getah dari Malaysia. Automechanika Frankfurt, sebuah pameran automotif terbesar di dunia, yang diadakan dari 16-20 September 2014, telah berjaya menarik 4,600 peserta dari lebih daripada 80 buah negara. Acara ini mempamerkan produk bahagian automotif, sistem, penalaan , peralatan bengkel, “bodywork†& cat , pencucian kereta , IT & Pengurusan dan perkhidmatan automobil terkini.
Good Rubber Works Industries Sdn Bhd, Cooltec Industries Sdn Bhd, HML Auto Industries Sdn Bhd, Fudex Rubber Products (M) Sdn Bhd and Schmaco Auto Parts Industries Sdn Bhd dan MREPC mempamerkan pelbagai komponen automotif berasaskan getah. Sambutan dari pengunjung yang hadir ke Automechanika Frankfurt pada tahun ini amat menggalakkan. MREPC menerima lebih banyak pertanyaan perdagangan berbanding di pameran sebelumnya, manakala pengeluar yang mengambil bahagian telah memberi penilaian yang positif.
01 OCT 2014
MREPC di Automechanika FRANKFURT 2014
MREPC di Ekspo China-Asean (CAEXPO) ke-11 di Nanning, China
MREPC telah menyertai Ekspo China-ASEAN ke-11 (CAEXPO) yang berlangsung dari 16 – 19 September 2014 di Nanning, China, dengan tujuan meningkatkan kesedaran Malaysia sebagai punca produ-produk berasaskan getah yang berkauliti. Dianjurkan oleh Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China bersama dengan Kementerian Perdagangan China, 10 negara anggota ASEAN serta Sekretariat ASEAN, CAEXPO dianggapkan kejayaan yang amat menggalakkan, dengan penyertaan lebih dari 4,600 peserta pameran.
CAEXPO edisi ini yang diadakan di tiga lokasi di Nanning. Lima pavilion disediakan untuk peserta pemeran dari negara ASEAN dan China, iaitu Pavilion Perdagangan Komoditi, Pavilion Kerjasama Pelaburan, Pavilion Teknologi Maju, Pavilion Perdagangan Perkhidmatan dan Pavilion Cities of Charm.
Terletak di Dewan No 5, dewan yang disediakan untuk Malaysia, di pavilion MATRADE, MREPC menerima respons yang positif daripada pengunjung. Pengunjung ke kios MREPC tertarik dengan produk-produk berasaskan getah yang dipamerkan, seperti pelbagai jenis sarung getah dan peralatan perubatan yang lain. Pelbagai jenis produk automotif juga dipamerkan, serta bebenang getah dan produk-produk lain berasaskan getah.
30 SEP 2014
MREPC di Ekspo China-Asean (CAEXPO) ke-11 di Nanning, China
MREPC Menyertai Hospital Expo 2014, Indonesia
MREPC akan menyertai Hospital Expo 2014 Indonesia bersama dengan empat pengilang produk perubatan getah. Pameran edisi yang ke 27 ini akan berlangsung dari 15 hingga 18 Oktober 2014 di Jakarta Convention Center, Jakarta, Indonesia. Indonesia sebagai negara yang ke-4 paling ramai penduduk di dunia, dengan perkembangan ekonomi yang agak tinggi, adalah pasaran yang penting bagi peralatan perubatan berasaskan getah.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Hall B, Booth 268, 269 and 270 untuk medapatkan sumber peralatan perubatan berasaskan getah yang bermutu tinggi buatan Malaysia di Hospital Expo 2014!
30 SEP 2014
MREPC Menyertai Hospital Expo 2014, Indonesia
IRGCE ke 7 - Kejayaan yang Gemilang
Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa Ke-7 (IRGCE) berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center, Kuala Lumpur, Malaysia, dari 2 – 4 September 2014, dengan tema “Beyond Just Infection Controlâ€. Dengan 800 peserta dari seluruh dunia, Persidangan IRGCE tahun ini dapat melambangkan kejayaan industri sarung tangan Malaysia.
Dianjurkan oleh Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) bersama Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), acara ini dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut serta dalam majlis tersebut adalah YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), dan wakil industri sarung tangan getah dari Thailand, Indonesia, Sri Lanka, China dan India.
IRGCE yang ke-7 ini menekankan perkembangan terkini dalam industri sarung getah, termasuk teknologi dan innovasi, peraturan dan piawaian, dan menangani isu-isu yang menarik perhatian pengguna serta pengilang sarung tangan getah dan lain produk-produk perubatan berasaskan getah.
Pameran tahun ini mencapai peningkatan 77% dari segi ruang pameran dengan seramai 104 peserta yang terdiri daripada pengeluar, pembekal and penyedia perkhidmatan dalam industri pembuatan sarung tangan getah. Produk-produk yang dipamerkan meliputi pelbagai jenis sarung tangan getah, peralatan perubatan getah, bahan kimia, peralatan kilang, bahan mentah, dan bahan pembungkusan. Pembekal perkhidmatan dan penerbitan yang berkaitan dengan industry ini juga menyertai pameran IRGCE tahun ini. Seramai lebig kurang 4000 pelawat telah mengunjung pameran tersebut.
Ruang MREPC mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan, temasuk sarung tangan pemeriksaan, pembedahan, bilik bersih, pergigian, industri, isi rumah, kemoterapi, ginekologi, radiasi dan sarung tangan berisiko tinggi. Alat perubatan seperti kondom, kateter, pembendung pergigian dan beg pernafasan juga dipamerkan. Sesi pemadanan perniagaan antara pengeluar dan pembeli telah juga diaturkan di ruang pameran MREPC.
17 SEP 2014
IRGCE ke 7 - Kejayaan yang Gemilang
Seminar Galas Struktur di Turki
MREPC akan mengadakan seminar berthema “High Damping Rubber Bearings – Protecting Lives and Properties from Earthquakes†di Istanbul, Turki, pada 14 Oktober 2014 bertempat di Park Bosphorus Hotel. Acara ini di sokong oleh TASI (Turkish Association for Seismic Isolation).
Penceramah dari TAARC (Tun Abdul Razak Research Centre) di United Kingdom, Numeria Engineering dari Itali, Ulus Yapi Group dari Turkey, dan Doshin, Malaysia, akan membentangan kertas galas seismik. Seminar ini adalah relevan untuk jurutera, perancang bangunan, serta pihak lain yang terlibat dalam pembinaan bangunan, jambatan dan infrastruktur lain. Penyertaan seminar ini adalah percuma.
Di samping itu, sesi padanan perniagaan dan lawatan kerja ke syarikat-syarikat pembinaan Turki akan dianjurkan untuk meneroka peluang-peluang bagi pengeluar produk getah Malaysia.
11 SEP 2014
Seminar Galas Struktur di Turki
MREPC Menyertai South African Automotive Week
MREPC akan menyertai Pameran South African Automotive Week (SAAW), yang akan diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan dari 14-16 Oktober 2014. SAAW adalah satu-satunya pameran dan persidangan automotif di Afrika Selatan yang memberi tumpuan kepada industri pembuatan automotif dan komponen automotif.
Ini adalah pertama kali MREPC akan menyertai pameran ini yang terutama di benua Afrika. MREPC akan juga mebuat persemabahan mengenai industri komponen automotif berasaskan getah di Malaysia. Kunjungilah gerai pameran MREPC di Booth #116, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk- produk automotif berasaskan getah yang berkualiti dari Malaysia serta mewujudkan hubungan perniagaan dengan pengilang Malaysia.
11 SEP 2014
MREPC Menyertai South African Automotive Week
Pavilion MREPC di Medicall India 2014 - Sambutan Luar Biasa
MREPC telah mencapai satu kejayaan yang memberangsangkan dalam penyertaan sulung di Medicall 2014 di Chennai, India. Lokasi Pavilion MREPC berhampiran dengan pintu masuk ke dewan pameran, serta reka bentuk pavilion yang berkonsep terbuka, selesa dan menarik, telah berjaya menarik tumpuan pengunjung sepanjang pameran tersebut, dari 1- 3 Ogos 2014.
Empat pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia, A1 Glove Sdn Bhd, Hartalega Sdn Bhd, Titi Glove, dan Top Glove Sdn Bhd, telah menyertai pameran peralatan perubatan B2B ini yang terutama di India bersama dengan MREPC. Medicall edisi ke-12 ini, yang diadakan di Chennai Trade Center, adalah anjuran Medexpert Business Consultants Pvt. Ltd. Medicall 2014 telah berjaya menarik lebih daripada 600 peserta dari 18 negara yang mempamerkan pelbagai peralatan perubatan serta hampir 10,500 pengunjung.
Pelawat ke gerai MREPC diberi maklumat mengenai produk-produk peralatan perubatan getah yang dibekalkan oleh pengeluar Malaysia, manakala pengilang Malaysia yang menyertai Medicall 2014 memberi tumpuan kepada pemasaran sarung tangan getah. Dengan penyertaan dalam Medicall 2014, peserta dari Malaysia, pengilang serta staf MREPC, berpeluang mendapat maklumat terkini mengenai pasaran peralatan perubatan di rantau India Selatan, terutamanya bagi sarung tangan getah.
28 AUG 2014
Pavilion MREPC di Medicall India 2014 - Sambutan Luar Biasa
MREPC di Pameran AutoTerbesar Dunia
MREPC akan sekali lagi menyertai Automechanika Frankfurt, pameran komponen automotif terbesar didunia, dari 16 hingga 20 September 2014. Lima pengilang komponen automotif berasaskan getah dari Malaysia akan berada di Pavilion MREPC dalam pameran terkemuka ini. Jemput lawati Pavilion MREPC di Dewan 1.2, gerai pameran K16 untuk mendapatkan komponen automotif berasaskan getah yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai. Jumpa disana!!
25 AUG 2014
MREPC di Pameran AutoTerbesar Dunia
AIDS 2014 - Condommunicate with Malaysia
Seramai 12,000 peserta dan 1,000 wakil media dari lebih daripada 200 negara telah berkumpul di Melbourne untuk menyertai Persidangan Antarabangsa AIDS 2014 yang bertema “Stepping up the Paceâ€. Penyertaan MREPC di AIDS 2014 telah berjaya mempromosikan Malaysia sebagai pusat inovasi untuk kondom dan menonjolkan Malaysia sebagai pengeluar kondom terbesar di dunia dengan tagline baru "Condommunicate dengan Malaysia – Pembuat Kondom Terbesar di Dunia" yang berjaya menarik tumpuan dan minat di kalangan para peserta persidangan.
Gerai pameran MREPC yang berkonsepkan rumah mempamerkan pelbagai inovasi kondom buatan Malaysia. Pelbagai jenis kondom dengan saiz, tekstur, permukaan, bentuk, warna, perisa, wangian dan pembungkusan yang berbeza telah dipamerkan. Jambak bunga yang diperbuat daripada kondom dan akuarium dihiasi dengan kondom menjadi tarikan pengunjung ke gerai pameran MREPC .
12 AUG 2014
AIDS 2014 - Condommunicate with Malaysia
MREPC menyertai Medicall 2014, India
MREPC akan menyertai Medicall 2014 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Chennai, India pada 1 – 3 Ogos, 2014. Medicall adalah pameran B2B yang utama untuk peralatan perubatan di India. Empat pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia akan bersama dengan MREPC menyertai pameran ini. Medicall, sebagai pameran keperluan dan peralatan hospital yang terunggul di India dijangka akan menarik lebih dari 600 peserta dari 15 negara,yang akan mempamerkan produ-produk penjagaan kesihatan yang terbaik dan terkini selama 3 hari pameran ini.
Kunjungilah Pavilion MREPC di Hall 1, Booth 1A6 & 1A7, di Pusat Dagangan Chennai untuk melihat peralatan perubatan getah yang terbaik buatan Malaysia di Medicall 2014!
21 JUL 2014
MREPC menyertai Medicall 2014, India
Condommunicate dengan Malaysia di AIDS 2014
MREPC akan mengambil bahagian dalam Persidangan AIDS Antarabangsa yang ke-20 (AIDS 2014) di Melbourne, Australia dari 20-24 Julai 2014. Tagline untuk MREPC untuk persidangan ini adalah "Condommunicate with Malaysia – The World’s Largest Condom Maker "(Komunikasi dengan Malaysia - Pengeluar kondom terbesar di Dunia).
Persidangan AIDS Antarabangsa adalah perhimpunan utama bagi mereka yang bekerja dalam bidang HIV dan AIDS, termasuk penggubal dasar, orang yang hidup dengan HIV dan individu-individu yang telah memberi komitmen untuk menamatkan wabak ini. AIDS 2014 dengan lebih dari 5,000 meter persegi ruang pameran dan jangkaan lebih dari 14,000 wakil yang akan menyertai persidangan, menawarkan peluang yang baik kepada organisasi yang ingin mempamerkan produk dan perkhidmatan kepada profesional yang terkemuka di dunia dalam bidang HIV / AIDS.
Lawatilah MREPC, booth no. 318, di AIDS 2014 di Melbourne, dan dikagumi dengan keistimewaan dan kepelbagaian jenis kondom buatan Malaysia.
16 JUL 2014
Condommunicate dengan Malaysia di AIDS 2014
Penyertaan Pertama MREPC dalam Indobuildtech Expo
MREPC, bagi kali pertama, menyertai IndoBuildTech Expo, pameran bahan pembinaan yang terbesar dan paling berpengaruh di Indonesia. Indobuiltech, yang diadakan setiap tahun, memasuki edisi ke-12 tahun ini, dan diadakan dari 11 hingga 15 Jun 2014 di Pusat Konvensyen Jakarta, Jakarta, Indonesia. Pameran anjuran Debindo Multi Adhiswasti ini bertujuan untuk mempamerkan perkembangan terkini dalam industri pembinaan dan infrastruktur di Indonesia dan Asia Tenggara.
Pengunjung ke MRPEC tertarik dengan pelbagai produk getah kejuruteraan yang dipamerkan, seperti model galas getah seismik, fender jeti, sambungan muai, penyumbat kompresi, bonggol kelajuan getah, lapik permaidani, jubin getah dan sarung tangan getah untuk perindustrian dan penebatan.
Sebahagian besar dari pengunjung yang mealawat ke booth MREPC adalah dari Indonesia (86%) dengan hampir 10% dari Singapura. Jubin getah merupakan produk yang paling menarik minat pengunjung, diikuti dengan lapik permaidani dan fender jeti.
Dengan pernyertaan di IndoBuildTech, MREPC berjaya mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang industri bahan binaan di Indonesia serta mempromosikan Malaysia sebagai sumber produk getah yang berkualiti untuk industri pembinaan dan infrastruktur.
08 JUL 2014
Penyertaan Pertama MREPC dalam Indobuildtech Expo
PLMA World of Private Labels 2014, Amsterdam, The Netherlands
MREPC bersama dengan empat pengilang produk getah Malaysia, telah menyertai pameran PLMA, World of Private Labels, dari 20 – 21 Mei 2014 di Pusat Pameran RAI di Amsterdam, Belanda. PLMA adalah pameran tahunan yang dianjurkan oleh Private Label Manufacturers Association International Council, yang bertujuan menemukan peruncit besar yang mempunyai jenama sendiri dan pengilang pelbagai produk. Antara produk yang di pamerkan adalah produk makanan, minuman, kesihatan, kecantikan dan keperluan rumah serta produk masa lapang
Empat pengilang produk getah Malaysia, Koon Seng Sdn Bhd, Masif Produk Latex Sdn Bhd, Shieldtex Sdn Bhd dan Man Young Development Sdn Bhd telah mempamerkan produk – produk seperti sarung tangan getah, pelbagai bola getah, topi berenang, klip hidung dan belon. Gerai Pavilion MREPC menerima ramai elawat dari Eropah termasuk dari Belanda, Itali dan Greece. MREPC juga telah menerima kunjungan dari Duta Besar Malaysia ke Belanda, YBhg Dato' Dr Fauziah Mohd Taib semasa pameran tersebut.
03 JUN 2014
PLMA World of Private Labels 2014, Amsterdam, The Netherlands
Pengerusi MREPC YB Hj Ahmad Lai Bujang Lancarkan Pameran Fotografi
Pameran Fotografi Produk Getah yang telah diadakan pada 15 hingga 17 Mei 2014 di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur, memaparkan gambar-gambar yang menag dalam Pertandingan Fotografi, " Snap & Win" anjuran MREPC. YB Haji Ahmad Lai Bin Bujang, Pengerusi MREPC , merasmikan upacara Pameran dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang pertandingan itu bagi pihak Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Pameran Fotografi MREPC menampilkan pelbagai produk getah buatan Malaysia, seperti dilihat melalui mata jurugambar Malaysia yang berbakat . Foto-foto yang menang, yang dipilih daripada sejumlah 358 penyertaan, termasuk gambar-gambar berbentuk abstrak, kandid dan studio. Pemenang-pemenang mencerminkan tahap tinggi dari segi profesionalisme dalam pelaksanaan teknikal, kreativiti dan keaslian idea yang dikemukakan . Antara produk getah yang diketengahkan di dalam gambar-gambar adalah topi renang, belon, kondom , sarung tangan getah, bola keranjang , bola senaman, permainan daripada getah, pemadam, jalur getah dan puting getah.
27 MAY 2014
Pengerusi MREPC YB Hj Ahmad Lai Bujang Lancarkan Pameran Fotografi
Pavilion MREPC Bersinar di CMEF Spring 2014
Pavilion MREPC di China International Medical Equipment Fair (CMEF) Spring 2014 didapati meriah dan penuh dengan aktiviti sepanjang pameran!
MREPC, bersama 10 pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia telah meyertai edisi ke-71 China International Medical Equipment Fair (CMEF) Spring 2014 yang diadakan di Shenzhen, China dari 17 – 20 April 2014. Anjuran Reed Sinopharm Exhibitions, CMEF Spring tahun ini menarik lebih dari 2,600 peserta pameran dari 23 negara dan hampir 60,000 pengunjung. Pameran ini merupakan platform yang baik untuk pertukaran maklumat dan hubugan perdagangan antara pembekal produk perubatan dan pembuat keputusan dari industri kesihatan.
MREPC mengambil kesempatan untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Ketahuilah Sarung Tangan Perubatan Anda untuk Penjagaan Pesakit dan Perlindungan yang lebih baik" untuk menyalur maklumat mengenai perkembangan terbaru dalam sektor sarung tangan perubatan untuk kawalan jangkitan dan juga pentingnya memilih sarung tangan yang sesuai untuk pelbagai prosedur perubatan . Sesi pemadanan perniagaan juga diselaraskan antara pembeli asing yang berminat memnemui pembekal dari Malaysia.
Inilah kali terakhir CMEF Spring 2014 diadakan di Shenzhen. CMEF Spring di masa hadapan akan diadakan di dewan pameran yang baru dibina di Shanghai, China.
28 APR 2014
Pavilion MREPC Bersinar di CMEF Spring 2014
CONSTRUCT EXPO 2014, Bucharest, Romania (10-13 April 2014)
MREPC telah menyertai pameran Construct Expo 2014 di Bucharest, Romania buat julung kalinya pada 10 – 13 April 2014. Construct Expo, sebuah pameran perdagangan untuk industri pembinaan, menarik lebih dari 400 peserta, manakala pengunjungnya melebihi 17,000 orang. Dua pengilang produk getah kejuruteraan (engineered rubber products) dari Malaysia, Doshin Rubber Product Sdn Bhd dan Kinta Rubber Works Sdn Bhd, telah menyertai pameran perdagangan tersebut bersama MREPC. Doshin Rubber Products mempromosikan galas seismik getah, galas jambatan dan pengadang limbungan manakala Kinta Rubber Works mempromosikan produk kejuruteraan awam seperti bonggol jalan, bebendul getah jalan, gegelung pengadang dan injap air getah.
Sebelum Construct Expo, kedua-dua pengilang tersebut turut menyertai lawatan kerja yang diatur oleh MREPC dari 7-8 April 2014. Dalam lawatan tersebut, beberapa perjumpaan telah diatur dengan firma-firma industri pembinaan di Romania, serta persatuan dan institusi lain yang berkenaan, yang mengahsilkan maklumat mengenai pasaran bagi produk getah kejuruteraan di Romania.
24 APR 2014
CONSTRUCT EXPO 2014, Bucharest, Romania (10-13 April 2014)
MREPC dan Pengilang Produk Getah Malaysia di Pameran
MREPC bersama empat pengilang produk getah Malaysia akan menyertai pameran PLMA, World of Private Labesl dari 20-21 Mei 2014 di Amsterdam, Belanda. PLMA adalah pameran tahunan yang memberi tumpuan kepada jenama persendirian untuk perdagangan runcit yang terdiri daripada produk makanan, minuman, kesihatan, kecantikan dan keperluan rumah serta produk masa lapang. Tahun ini dijangka hampir 4,000 peserta akan mempamer di PLMA.
Pengilang Malaysia yang menyertai PLMA tahun ini adalah Shieldtex, Masif Latex, Young Man, and Koon Seng. Syarikat-syarikat ini adalah pembekal produk-produk getah berkualiti seperti sarung tangan isi rumah, sarung tangan industri dan sarung tangan perubatan serta produk-produk sukan. Menemui wakil MREPC dan pembakal yang bertaraf dunia dari Malaysia di Parkhall, Gerai 3121, supaya mendapat sumber produk getah berkualiti tinggi untuk label anda. Jumpa anda di sana!
24 APR 2014
MREPC dan Pengilang Produk Getah Malaysia di Pameran
MREPC di CMEF Spring 2014
MREPC, bersama 10 pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia. akan meyertai China International Medical Equipment Fair (CMEF) Spring 2014 yang akan diadakan di Shenzhen, China dari 17-20 April 2014. CMEF, yang diadakan dua kali setahun, adalah pameran terbesar di rantau Asia-Pasifik untuk peralatan perubatan serta produk-produk dan perkhidmatan yang berkaitan.
Sektor kesihatan negara China terus berkembang pada kadar yang menakjubkan: perbelanjaan di sektor ini dijangka berkembang daripada AS$357 bilion pada tahun 2011 kepada AS$1 trilion pada tahun 2020. Sama ada untuk produk farmaseutikal, perubatan ataupun untuk kesihatan pengguna, China kekal diatara pasaran yang paling menarik di dunia, dan setakat ini yang paling pesat berkembang didalam pasaran-pasaran negara membangun.
Mengunjungilah Pavilion MREPC di Dewan 2-L46 untuk bertemu dengan wakil MREPC dan pengeluar-pengeluar peralatan perubatan getah yang berkualiti dari Malaysia, di CMEF Spring 2014.
07 APR 2014
MREPC di CMEF Spring 2014
MREPC Pavilion Menjadi Tumpuan di Medical Fair India 2014
Pavilion MREPC di Pameran Medical Fair India 2014 menjadi tumpuan orang ramain dengan warna kuning dan hijau yang menarik dan pelbagai peralatan perubatan yang dipamerkan!
MREPC serta 7 pengeluar peralatan perubatan getah Malaysia mengambil bahagian dalam edisi ke-20 Medical Fairl India yang merupakan pameran kesihatan yang paling penting di India. Pameran ini, di Mumbai, India yang diadakan dari 14-16 Mac 2014, menarik lebih dari 410 peserta pameran dari 17 negara, dan 8,000 pengunjung dianggarkan melawat pameran tersebut. Maklumbalas yang agak menggalakkan telah diterima dari pengunjung ke Pavilion MRPEC dan Pengarah Pemasaran dan Pembangunan MREPC telah di temubual oleh CareWorld TV dari India.
Sempena pameran Medical Fair India, satu persidangan 3 hari yang bertema "Healthcare Profitability through Quality, Finance & Marketing " telah diadakan, di mana Encik Jimmy Lim Chong Lip, Pengarah Pemasaran dan Pembangunan II, MREPC telah membentangkan kertas kerja betajuk "Mengenali Sarung Tangan Perubatan Anda untuk Perlindungan dan Penjagaan Pesakit yang Lebih Berkesan". Pada masa yang sama, MREPC telah mengatur dan menyelaraskan empat belas sesi pertemuan perniagaan antara pembeli asing yang berminat dan pengeluar dari Malaysia.
Secara keseluruhannya, pameran Medical Fair India 2014 merupakan satu kejayaan, dan satu lagi langkah ke hadapan untuk pengilang-pengilang produk getah Malaysia di pasaran India.
25 MAR 2014
MREPC Pavilion Menjadi Tumpuan di Medical Fair India 2014
Hak Harta Intelek Dalam Industri Getah
MREPC akan mengadakan sebuah seminar bertajuk "Hak Harta Intelek Dalam Industri Getah" untuk menyampaikan maklumat yang komprehensif dan mesra pengguna mengenai kepentingan Harta Intelek (HI). Seminar ini, yang bertujuan membimbing dan membantu pengilang produk getah Malaysia untuk menguruskan aset HI dengan cekap dan berkesan, akan diadakan pada 8 April 2014. Seminar ini akan di sampaikan oleh pakar HI, Encik P. Kandiah, dan akan meliputi kesan HI dalam pertumbuhan huluan dan hiliran industry getah. Sila daftar disini untuk menyertai sessi maklumat yang terkini dan berguna.
Harta Intelek (HI) merujuk kepada ciptaan, karya sastera dan karya seni, imej, simbol-simbol dan nama-nama yang digunakan dalam perdagangan dan dilindungi dengan paten, tanda dagangan dan hak cipta undang-undang. Hak HI boleh digunakan untuk mencegah orang lain daripada meniru dan dengan itu mengambil kesempatan daripada idea-idea atau nama baik yang dibangunkan untuk produk dan perkhidmatan anda. Melindungi pemilikan ini adalah penting dan boleh menawarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) cara menyediakan hak eksklusif ke atas produk dan perkhidmatan mereka di pasaran untuk memperolehi pulangan yang optimum ke atas pelaburan. Daftar awal untuk pastikan tempat dalam seminar yang penting ini.
24 MAR 2014
Hak Harta Intelek Dalam Industri Getah
MREPC di Construct Expo 2014, Bucharest.
MREPC akan menyertai Construct Expo 2014, pameran antarabangsa khusus untuk industri pembinaan bangunan dan infrastruktur yang di adakan di Bucharest, Romania, dari 10 hingga 13 April 2014. Dua pengeluar produk getah kejuruteraan Malaysia akan menyertai edisi yang ke 21 pameran perdagangan ini bersama dengan MREPC.
Pelawat ke pameran tersebut akan berpeluang bertemu dengan pengeluar produk getah kejuruteraan untuk industri pembinaan bangunan dan infrastruktur, seperti “High Damping Rubber Bearings†(seismic rubber bearings), bearing jambatan, “pad bearing†dan “expansion jointsâ€. Lawati booth MREPC di Pavilion A, Booth No: D19 di Pusat Pameran Romexpo untuk mendapat maklumat lanjut mengenai produk getah kejuruteraan dari Malaysia dan mendapatkan produk getah yang berkualiti tinggi.