ENGLISH | BAHASA
Malaysian Rubber Export Promotion Council - MREPC

Maklumat Korporat

Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Industri Utama. MREPC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Kementerian Industri Utama. MREPC ditugaskan untuk menjalankan promosi pasaran produk getah berkualiti dari Malaysia di pasaran dunia, khususnya untuk menyokong perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (IKS).

MREPC mempunyai pejabat di luar negara iaitu di Amerika Syarikat (USA), Eropah, China dan India.

MREPC USA telah ditubuhkan di Washington DC pada Februari 2001 sebagai pusat maklumat getah dan produk getah dari Malaysia untuk para pengguna dan orang awam di Amerika. Secara khususnya, pejabat ini berfungsi untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan seimbang tentang produk berasaskan lateks, terutamanya sarung tangan lateks bagi menangani kebimbangan pengguna tentang produk lateks di Amerika. 

MREPC mempunyai dua pejabat di China iaitu di Shanghai yang ditubuhkan pada September 2011, dan di Guangzhou yang ditubuhkan pada April 2016. Pejabat ini membantu syarikat produk getah dari Malaysia mengembangkan perniagaan mereka di China.

MREPC India telah ditubuhkan di Mumbai pada Mei 2016 untuk memudahcara ekspot getah dan produk getah Malaysia serta membantu syarikat-syarikat Malaysia mengembangkan perniagaan mereka di India.

Baru-baru ini, MREPC Eropah telah menyambung semula operasi di lokasi baharu di Rotterdam, Netherlands pada November 2018. Pejabat ini memainkan peranan penting bagi memudahcara ekspot produk getah ke Eropah dengan memantau perkembangan dan perubahan pada polisi dan dasar-dasar baharu mengenai pengimportan dan penggunaan produk getah di Eropah.

Nilai-nilai Teras

  • Integriti - Bersikap mulia dan mematuhi prinsip-prinsip beretika
  • Kebolehsesuaian - Sentiasa fleksibel dan menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa
  • Agresif - Bersungguh-sungguh mengejar matlamat
  • Kreativiti - Membangunkan idea-idea baru dan menggunakan pendekatan yang inovatif
  • Kerjasama - Bekerjasama dan bekerja secara muhibah dengan orang lain
  • Inisiatif - Merebut peluang dan sanggup memikul tanggungjawab
Visi
Malaysia sebagai pengeksport utama produk getah berkualiti.

Misi

Untuk memudahcara & mempromosi

eksport produk getah berkualiti

Untuk mengenalpasti

peluang - peluang pasaran

Untuk meningkatkan

akses pasaran